Aduhai, pening kepala rasanya bila kucing kencing di ruang tamu. Padahal bukan tidak disediakan 'litter box', pasir pun baru je tukar.
Keluhan ini biasa didengari dari mereka yang membela haiwan comel ini dan acap kali menjadi masalah besar kerana bau kencing kucing memang susah nak hilang.
Foto: www.petfinder.com
Jangan risau, ada beberapa petua yang memang berkesan anda boleh cuba ya.
1. Guna Serai
Kucing memang anti dan langsung tidak menyukai bau serai. Jadi boleh beli produk yang berasaskan serai atau serai wangi yang ada di pasaran. Semburkan sahaja di kawasan yang selalu menjadi tempat kucing anda kencing. Lagi elok sekiranya anda letakkan sahaja batang serai di sudut-sudut rumah.
Foto:www.momjunction.com
3. Guna belerang
Taburkan sahaja di penjuru-penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau akan mengelakkan kucing dari kencing merata-rata.
2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam (Biji bukan serbuk) ke dalamnya. Biar dalam masa masa 2 hingga 5 minit. Masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di kawasan kucing kencing.
Foto: www.tribunnews.com
4. Guna Cuka
Jika kucing masih lagi berdegil walaupun dengan pelbagai usaha untuk menghalangnya kencing merta, guna sahaja cuka. Bahan ini mampu untuk membersihkan dan menghilangkan bau kencing kucing yang sangat busuk.
Walaupun jemu atau marah dengan kucing belaan anda yang kencing merata, jangan sesekali jerit atau pukul haiwan peliharaan anda ya.
Kenal pasti masalah yang dihadapinya dengan membawanya segera ke doktor untuk pemeriksaan lanjut. Mungkin ada yang tidak selesa dengan 'litter box' sehingga kencing merata atau ada masalah kesihatan yang lain.
Foto: southtyleranimalclinic.com
Apa-apa pun cuba dulu tips yang diberikan, pasti berkesan. Selamat mencuba! -CARI |