Terdahulu, 19 aktivis liberal termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy bersama ADUN Bingkor, Jeffrey Kitingan dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee memfailkan tuntutan terhadap Dr Zakir Naik.
Mereka memohon satu perintah bagi Ketua Polis Negara untuk segera menangkap Dr Zakir Naik, juga membatalkan status tokoh agama itu sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, termasuk perintah mengusirnya dengan segera dari negara.
Memetik laporan mstar, dalam perkembangan terbaru, difahamkan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) pula menggesa kerajaan untuk membatalkan visa yang diberikan kepada pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.
Dalam satu kenyataan semalam, majlis perundingan itu melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan untuk mencegah Dr Zakir yang merupakan warganegara India itu daripada memasuki negara ini.
“Majlis ini menyokong kebebasan bersuara dan memberi pandangan, tetapi mana-mana wacana yang menyentuh agama dan kepercayaan harus tertakluk kepada parameter yang ditetapkan dalam Kanun Keseksaan amnya."
Menurut kenyataan itu lagi, Dr Zakir adalah sangat provokatif untuk masyarakat bukan Islam, sambil menambah bahawa dia telah dilarang memasuki negara-negara tertentu.- CARI
sumber foto: mstar
|