CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7346|Reply: 27

5 Tempat Menarik Yang Sukar Di Lupakan Jika Ke Bangladesh

[Copy link]
Post time 13-3-2017 05:10 PM | Show all posts |Read mode


Foto - themalaymailonline.com




Bangladesh, satu nama yang sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Namun disebalik kebanjiran warga Bangladesh di negara kita, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang pernah berkunjung ke negara mereka?


Pasti ramai yang masih belum tahu tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Bangladesh. Sebenarnya banyak tempat popular yang ada di Bangladesh untuk dijadikan sebagai destinasi percutian.


Jadi bagi yang sedang mencari informasi mengenai tempat popular di Bangladesh, nah penulis kongsikan buat anda 5 tempat menarik yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Bangladesh.


Foto - tourmet.com




1. Gulshan Lake Park
Jika anda penggemar tempat yang sejuk dengan pemandangan hijau serta danau di tengah-tengah taman, maka Gulshan Lake Park merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda kunjungi.


Foro - nijhoom.com




2. Ahzan Manzil
Ahzan Manzil merupakan antara salah satu tempat bersejarah yang indah dan unik. Dengan rekabentuk senibina yang menarik serta lokasinya yang terletak di Dhaka menjadikan tempat ini sangat mudah untuk dikunjungi pelancong.




Foto - cntravelre.com




3. Jatiyo Srithi Saudo
Tempat ini dikenali sebagai tempat pahlawan bersemayam dan memiliki nilai sejarah yang tinggi. Selain itu, senibinanya yang menarik juga menjadikan Jatiyo Srithi Saudo sebagai tempat tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara.






4. National Parliament House
Rasanya tidak akan lengkap jika berkunjung ke Bangladesh tetapi belum mengunjungi National Parliament House. Dengan sentuhan senibina moden dan unik menjadikan tempat ini salah satu destinasi pelancongan paling popular di Dhaka, Bangladesh.






5. Cox Bazar Beach
Seperti negara-negara lain, pantai juga menjadi daya tarikan utama buat pelancong di Bangladesh. Pantai paling popular di Bangladesh adalah Cox Bazar Beach. Pantai ini memiliki keindahan tersendiri dengan pemandangan laut yang sungguh menawan dan sentiasa dipenuhi pengunjung.


Diharapkan senarai tempat-tempat menarik yang ada di Bangladesh ini dapat membantu anda untuk merancang percutian seterusnya. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 05:40 PM | Show all posts

memang tak kan lupa lah bau bawang dimana2

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:01 PM | Show all posts
Takpalah. Next!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bau bawang mmg x boleh lupa, apatah lg nak pi tempat diorang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:44 PM | Show all posts
Thanks TT kerana info ni... tapi tak perlu ke sana utk mengalami suasana serperti di Bangla...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tasik tu cantik.. prnah tgk 1 dokumentari kt astro lama dulu..pasal negara Bangladesh ni. Ada 1 sungai tu siap ada mutiara kaler pink.. Kot teringin Sgt, upahlah mana2 pnduduk utk selam & Cari.
Kampung2 kt sana pun ada yg lawa2 view dia. Tp mmg majoriti rkyat dia pi negara luar utk Cari rezeki..tmpt dia kt bangla nun x bnyk peluang Keja..
Maka jadiklah mcm yg kita biasa nmpak hari ni..mat bangla ada dimana2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2017 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada terbaca.. sebelum kapal terbang mendarat di Bangladesh.. Cabin crew kena sembur ubat nyamuk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg free pon x hingin nk pegi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun byk tmpt2 cantik dan menarik, aiol tetap tak berminat nak pegi taktau lak kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 09:23 AM | Show all posts
teringin nak pegi negara2 yg mcm bangla..india yg nampak dlm filem crowded & kotor....tp xtau la mampu ke bertahan hihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 05:13 PM | Show all posts
Tak berapa nak minak untuk gi sana ...next
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:03 AM | Show all posts
betul tu tak hingin nak pergi....
dan tak lah cantik mana pun....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 03:13 PM | Show all posts
masuk thread ni terus akak terflashback bau badan haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 10:16 AM | Show all posts
bestnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:42 PM | Show all posts
org2 Bangladesh xlawa.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cntknyaaa... Xsangka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sampai cox's bazaar.. tak la cantik Pantainya Tu.. Tapi bagi diorg yg takde pantai .. itu la yg paling cantik. Ikan di situ murah. Hotel yg terbaik di situ pun hanya 2-3 star saja .. can't expect much.

Walaupun dah berkali2 ke Dhaka, Masih tak berkesempatan utk ke 4 tempat yg lain tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 07:03 AM | Show all posts
dari pandangan mata aku ni yang selalu menonton  NatGeo, FYI dan  channel yang sewaktu dengannya, India, Pakistan, Bangladesh ni mempunyai alam semula jadi yang menarik. Lupa kota2 yang dipenuhi dengan manusia kerana di kawasan tersebut memang agak kotor tapi jika ingin melancong boleh pergi ke daerah atau negeri2 yang kecil. Biasanya kawasan terpencl atau kawasan yang kurang jadi tumpuan warga mereka mempunyai panorama yang sangat cantik.
Apabila sebut India pasti kita terbayang New Delhi, Mumbai (B0mbay) dan kota2 yang sibuk dengan manusia dan lembu memenuhi jalan tapi jarang kita membayangkan tempat2 menarik dikawasan pendalaman dan pergunungan mereka.

1.Goa – Best holiday destinations in India.
2.Jim Corbett Wildlife Safari – Indian attractions for Wildlife.
3.Chadar – The Frozen River Trek
4.Karnala Bird Sanctuary – Most popular place for birds.
5.Tajmahal – Most wonderful place in India.
6.Kashmir – Summer holiday destination in India.
7.White desert of Kutch – Unbelievable beauty of India.
8.Spirit in Kerala –  beautiful sceneries in India.
9.Marine Drive – Most amazing place in India.
10.Almora, Uttarakhand – Natural beauty place in India.
11.Jaipur, Rajasthan – Ancient city in India.
12.Mysore – best tourist places in South India.

antara tempat yang menarik di India.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 08:43 AM | Show all posts
india not in my list tp sebenarnya banyak tmp yg menarik dkat sana
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 10:28 AM | Show all posts
mcm menarik jek g cnun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.347794 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list