Setelah melakukan upacara ritual di kawasan pantai pada Ahad lalu yang dikatakan untuk melindungi Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara, terbaru Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh' sekali lagi melakukan upacara ritual tetapi kali ini di luar perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.
Memetik laporan The Star, 'Raja Bomoh' menjadi tumpuan media apabila dia tiba di luar perkarangan institut itu kira-kira pukul 6 petang Isnin dan seperti biasa dia melakukan upacara ritual dengan menggunakan sepasang kayu sebagai teropong ketika membaca doa sebelum beredar lima minit kemudian.
Dilaporkan sepanjang upacara ritual itu dilakukan, dia membiarkan jurukamera dari pelbagai media mengambil gambar dan selepas selesai upacara, dia benarkan semua petugas media yang berada di lokasi mengambil satu gambar bersamanya, kemudian barulah meninggalkan tempat itu dengan menaiki kereta mewahnya tanpa membuat sebarang kenyataan kepada media. - CARI
dia ni famous dari zaman 80 an dulu. masa tu ada banyak tabloid mingguan macam bacaria, watan, banyak lagi .. penuh satu muka surat iklan bomoh ni. dia claim bomoh vip, leoas tu vvip dan terus dapat datok. dalam iklan katanya ramai artis dan politician guna khidmat dia.
so sekarang ni PRU dah dekat, saja la tu dia nak promosikan diri, sebab iklan kat paper dah tak dibenarkan...