View: 16354|Reply: 116
|
Isteri Shukri Yahya dijangkiti kencing tikus
[Copy link]
|
|
Edited by LaksamanaBentan at 28-3-2017 09:35 PM
KUALA LUMPUR- Isteri pelakon popular, Shukri Yahaya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan terpaksa ditahan dalam wad sebuah hospital swasta di ibu kota apabila disahkan dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus hari ini.
Siti Nurfatihah atau lebih dikenali sebagai Tya,25, mengalami demam berterusan sejak 10 hari lalu namun penyakit itu tidak dapat dikesan apabila dirujuk di klinik biasa.
“Dalam tempoh 10 hari itu, ada hari yang dia sihat namun apabila diserang demam, suhu badannya mencecah 39 hingga 40 darjah celcius dan badan akan menggigil menjelang malam.
“Apabila badan Tya mula sakit-sakit dan dinaiki bintik-bintik merah, kami terus ke hospital dan melakukan ujian darah sebelum doktor mengesahkan dia mengalami simptom penyakit kencing tikus,” kata Shukri ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Tambah pelakon Dia Isteri Luar Biasa itu lagi, keadaan isterinya kini semakin pulih namun masih perlu berehat di hospital selama lima hari lagi untuk memastikan tahap kesihatannya benar-benar stabil.
Shukri turut melahirkan rasa syukur kerana virus yang boleh membawa maut itu tidak sempat menjangkiti darah atau mana-mana organ penting di dalam tubuh isterinya.
“Alhamdulillah. Syukur juga sekarang jadual penggambaran saya tidak padat dan mempunyai masa untuk menjaganya di hospital pada waktu malam.
“Sementara Tya berada di hospital, anak kami, Aaira Ameena,tujuh bulan, dijaga oleh ibu saya, Ruhaini Malek,” katanya lagi.
Pada tahun 2012, penyanyi, Izwan Pilus, telah meninggal dunia akibat diserang kencing tikus selepas mengalami demam panas selama dua minggu. Pelawak terkenal, Din Beramboi yang meninggal dunia pada 2010 juga disebabkan oleh penyakit sama. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz4ccwshqk6
Hakcipta terpelihara
Boleh sembuh ke kalau dijangkiti kencing tikus? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Takut la nak makan luar.. Kdg restaurant je nmpk bersih, kat dalam dapur |
|
|
|
|
|
|
|
i ingatkan kes hampir sama dgn cikki indon kat ci.
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan saya punya colleague, pernah kena kencing tikus..Dia boleh baik pastu, tapi tangan dgn kaki dia kena potong. Effect dr virus tu la kot |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 28-3-2017 09:42 PM
i ingatkan kes hampir sama dgn cikki indon kat ci.
Hahaha...mengarut betul news indon tu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sebab ek kencing tikus ni? Risau pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Saya kenal 2 orang yang sembuh dari kencing tikus yg dikesan awal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon tya....seriau lak dgr kencing tikus ni.kwsan perumahan ak byk tikus... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa dengar kencing tikus kena lepas lawat hutan lipur..tapi rasanya restoran2 yg kotor lagi byk n gemuk tikus2 die nape xde org yg keje situ kena kencing tikus... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis bakteria yang dipanggil leptospira dibawa oleh haiwan (tikus, babi, kambing, kuda, etc) dan boleh berjangkit kepada manusia. Biasanya bila kita terminum atau terdedah kepada hasil perkumuhan haiwan (contoh air sungai, makanan tercemar, etc)
|
|
|
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 28-3-2017 10:07 PM
Sejenis bakteria yang dipanggil leptospira dibawa oleh haiwan (tikus, babi, kambing, kuda, etc) da ...
Ohh tq ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... Moga cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak risaunya |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Allah beri kesembuhan pd tya. Get well soon. Mesti aira rindu sgt dah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka ngan tya ni..dannn sangat suka kat aaira yy comel berlesung pipit itewwww...
Get well soon tya..mesti aaira tercari2 mommy dia mane..uwaaaa..dh la tya ni f anak dia kn? Shian aairaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Kencing tikus?! Syafakillah Tya. Moga baik2 saja utk ShukTya sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
X ckp ke sheols kena kt mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|