View: 8198|Reply: 52
|
Aznil Buka Bazaar Paknil, sblm ni hashtag sajok, skrg betul2 buka kedai
[Copy link]
|
|
Pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi membuka ruang perniagaan kepada peniaga online di laman sosial untuk berniaga di Bazaar Paknil yang terletak di Tempat Orang Lokal, Kompleks PKNS, Shah Alam.
Aznil berkata idea untuk membuka ruang perniagaan itu setelah #bazaarpaknil yang diperkenalkan di Instagram (IG) dan Facebook (fb) terdapat hampir 15 juta muat naik oleh peniaga online.
"Sebenarnya ia bermula selepas saya dihujani banyak komen daripada peniaga online yang menjual dan mempromosi barang mereka di laman sosial saya.
"Bila sudah terlalu banyak, saya muncul dengan idea mencipta hashtag #bazaarpaknil. Jadi sesiapa yang mahu berniaga atau mempromosikan barangan mereka boleh menggunakan hashtag tersebut.
"Kini sudah empat tahun hashtag itu dipernekalkan saya tidak sangka bila ia telah mencecah hampir 15 juta muat naik daripada peniaga.
"Melihat kepercayaan peniaga online ke atas hashtag itu di media sosial, saya terpanggil untuk membuka ruang perniagaan buat peniaga meraih keuntungan berniaga secara fizikal di bawah jenama Bazaar Paknil," katanya kepada Astro Gempak.
Aznil ditemui di majlis pelancaran Bazaar Paknil di Tempat Orang Lokal, Kompleks PKNS, Shah Alam tengahari tadi.
Bazaar Paknil beroperasi sejak 15 Mac lalu dan kini mempunyai 35 vendor yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, produk kecantikan dan makanan ringan.
Selain peniaga online, Aznil memberitahu bazaar tersebut turut diserta oleh personaliti tanah air seperti Neelofa, Zain Saidin, Hatta Dolmat dan Altimet.
"Sebelum ini saya mengagumi selebriti-selebriti yang berjaya menggunakan jenama mereka sendiri sebagai artis degan mencari rezeki berniaga.
"Jadi apa salahnya saya bawa mereka ke bazaar ini sekaligus membantu peniaga lain untuk mempromosikan tempat ini.
"Mereka juga akan turun padang bersama-sama meniaga dengan mereka hampir setiap minggu," katanya lagi.
Bazaar Paknil dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
org ada nama kan...guna la platform nama tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
wah menarik ni... dekat dgn umah den |
|
|
|
|
|
|
|
Konon nak nampak masih relevan... next.
Btw... pak nil who r yus ... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm menarik jer..ni nak puasa, raya mesti ramai peniaga berjualan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hebat paknil . die amek alih teros ke tempat orang lokal tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau online free je..and agak berkesan jualah # sheols ni.. banyak yang discover igshop meols
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp rimas nk kena dgr sheols nyanyi tiap2 minggu kt situ dgn suara fefeling sudirman nya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut gocoh2 pkns last week. Selama ini i ingat kan memang wujud bazar paknil ni. |
|
|
|
|
|
|
|
somehow akak jijiks tgk dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Good effort
Buka peluang kpd org lain mencari rezeki & at the same time diri sendiri dpt rezeki & popularity |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu TOL ni sendu jaaaa...taktaula kalau paknil dah masuk boleh jd havoc |
|
|
|
|
|
|
|
Suka idea ni
Siapapun pak nil
Moga idea bisnes ni berjaya
Nnti dh suksess jgn naikkan sewa lak k |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama ke chuols kedai ni. meols first time dengar hurkey!
|
|
|
|
|
|
|
|
debab76 replied at 11-4-2017 11:35 AM
dah lama ke chuols kedai ni. meols first time dengar hurkey!
Lame dah, dr tahun lepas lagik tp sendu jeeeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|