Video sekumpulan tentera Marin Amerika Syarikat menjadi tular di media sosial sejak 3 hari lalu gara-gara mendendangkan sebuah lagu Melayu berjudul ‘Assalamualaikum Ustazah’.
Lagu nyanyian asal kumpulan Khalifah itu dinyanyikan oleh kumpulan kugiran yang dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ semasa mengadakan persembahan konsert "live" bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan.
Ramai yang kagum melihat video itu bukan sahaja kerana persembahan yang menarik malah penyanyi kumpulan kugiran Marin Amerika itu dapat mendendangkan lagu Melayu dengan lancar sekali.
Lihat video dibawah :
US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ ini dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson.
Antara lagu-lagu lain yang turut dipersembahkan pada konsert berkenaan adalah 'medley Bruno', 'Sunday Morning', 'Brown Eyed Girl', 'Love Yourself', 'Chicken Fried', 'Assalamualaikum', 'Letusan' dan 'Island' Rude '.
Terbaik ke tidak persembahan mereka? Agak-agak berapa bintang anda ingin berikan kepada kumpulan US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ ini. - CARI