View: 5240|Reply: 47
|
[Tempatan]
Rumah terbakar, BAYI 11 bulan dalam buaian RENTUNG & ibu bapa MELECUR &
[Copy link]
|
|
Edited by Kentang.Goreng at 12-5-2017 08:53 AM
Aduh, tragedi yang memilukan...
Bayi rentung, ibu bapa melecur
Khamis, 11 Mei 2017 @ 9:13 PM
Beluran: Bayi rentung, ibu bapanya melecur selepas rumah pekerja yang mereka diami di ladang di Kampung Tangkarason, Beluran, terbakar, 8.10 malam, semalam.
Mangsa rentung, Ainur berusia 11 bulan, manakala yang melecur, Jiman Alimuddin, 25 dan Adittri Rahman, 24, yang dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Pitas .
Menurut sumber, sebelum kejadian kawasan berkenaan terputus bekalan elektrik sejak tiga hari lalu dan pekerja ladang terpaksa menggunakan lilin dan pelita.
"Ketika kejadian, mangsa lelaki berada di rumah rakannya manakala isteri dan bayi mereka berada di rumah.
"Ketika kebakaran berlaku, mangsa sempat pulang ke rumah untuk menyelamatkan isterinya namun dipercayai tertinggal bayi mereka di buaian berikutan keadaan api sudah terlalu marak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi hari ini berhubung kejadian itu.
"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dihantar ke lokasi kejadian.
"Jarak ke lokasi kejadian sejauh 215 kilometer dan sebaik tiba, sebuah rumah pekerja 10 pintu musnah dalam kejadian kebakaran semalam," katanya.
Mohd Affendy berkata, kerja pemantauan dilakukan di kawasan berkenaan berikutan api kebakaran sudah dipadam.
"Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan rentung dan mayatnya dikeluarkan pihak polis pada 2 petang hari ini.
"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya
Thursday, 11 May 2017 | MYT 9:15 PM Baby dies in blaze at workers' quarters
KOTA KINABALU: An 11-month-old baby girl perished in a fire that razed a workers' quarters in central Beluran while her parents suffered burns.
The remains of the girl, identified as Ainur Jiman, was recovered from the gutted longhouse by policemen.
Her parents, Jiman Alimuddin, 25, and his wife Adittri Rahman, 24, both foreign workers, are being treated at the Pitas district hospital.
They had apparently tried to rescue the child who was sleeping when the fire broke out late Wednesday night.
A Kinabatangan Fire and Rescue Services Department spokesman said the department had received a distress call from a woman on the fire at Maridian Plantation Sendirian Berhad in Tangkarason estate at around 8.45am on Thursday.
The woman informed them that a baby had died and her parents had suffered injuries in the fire.
He said a team was immediately dispatched to the area, which is about 217km from Kinabantangan town and seven hours by 4WD vehicle.
The baby's remains were sent by police to the Pitas hospital at 2pm Thursday for a postmortem.
|
|
|
|
|
|
|
|
sana takdak tnb kan? tnb agak cekap |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya.. takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Ya rabbi..jarak 200km lebih???
Allah..kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Jauhnya jarak?dh sama mcm i nk balik kampung.memang la bomba tak sempat buat pape klo jarak pun dh jauh gitu..api trbakar ni cepat je marak |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga! Innalillah. Al-fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu....
Anak rentung tak sempat diselamatkan.kalau parent umur pjg harus troma sepanjang hayat. Penderitaan emosi lagi dasat dari penderitaan fizikal
Al-fatihah buat anak syurga |
|
|
|
|
|
|
|
harap suami tabah dan dapat bagi sokongan moral kepada isteri yang pasti nya sangat trauma
|
|
|
|
|
|
|
|
Seingat aku, JBPM dh mulakan projek balai bomba beluran 3 thn lepas.
Masalah yg timbul, lokasi yg digazettekan utk buat balai tu atas tanah paya. Kos treatment dan kerja tanah je dh sama dgn harga balai.
Ini la jd bila kerajaan negeri/persekutuan x plan dgn baik. Rakyat jd mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Homai jauh like jb to somban |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah n takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
siannya...
Takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
sabah kan?? sabah electricity yg ada pon...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|