CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4058|Reply: 29

[Kemaskini] Pengasas JJPTR & Orang Kanannya Direman Tiga Hari

[Copy link]
Post time 16-5-2017 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Kemaskini : 6.00 Petang
Pengasas JJPTR, Johnson Lee Direman Tiga Hari Bermula Hari Ini


Tiga individu termasuk pengasas sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR), Johnson Lee Chong Sen, ditahan reman tiga hari bemula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket pelaburan berasaskan perniagaan Forex membabitkan pelaburan RM1.7 bilion sebentar tadi.


Memetik laporan Astro Awani, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata ketiga-tiga suspek termasuk orang kanan dan pembantu peribadi  adalah warganegara Malaysia, berbangsa Cina dan berusia di antara 28 dan 29 tahun.


Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan, manakala ketiga-tiga suspek diwakili peguam Mohd. Shukri Ahmad Mansor dan K. Jaya Prem.


Kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Pada Jumaat lalu, seramai 19 orang terdiri daripada 15 pekerja dan empat pelabur ditahan dalam lapan serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang.


Turut dirampas semasa serbuan terbabit adalah sebuah kereta jenis Honda Accord, lima unit telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJPTR, buku cek, 11 keping kad debit dan kredit pelbagai bank dan wang tunai RM20,936.- CARI



sumber : Utusan Malaysia







Kemaskini: 9.20 Pagi   
Pengasas Sindiket Skim Pelaburan JJPTR Ditahan Polis!


Susulan sindiket skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) yang menawarkan skim pelaburan didakwa berasaskan perniagaan pertukaran mata wang asing (forex) itu dipercayai telah mengaut keuntungan RM1.7 bilion hasil wang yang dilaburkan mangsa menjadi perhatian pihak kerajaan.


Jumaat lepas pihak polis telah mengadakan serbuan ke atas premis di lapan lokasi sekitar Pulau Pinang yang membabitkan beberapa buah pejabat serta unit kediaman yang dijadikan pusat operasi sindiket.


Serbuan itu dilakukan bersama pasukan siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cyber Security Malaysia, bermula awal pagi hingga petang.



Perkembangan terkini, menurut laporan Mstar, pengasas sindiket tersebut iaitu Johnson Lee telah ditahan polis di Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 pagi tadi, termasuk dua orang kanannya.


Difahamkan, sebenarnya Johnson Lee merancang untuk mengadakan jamuan beramai-ramai untuk menjelaskan perkembangan terkini dan permasalahan yang dihadapi JJPTR pada Sabtu ini.- CARI

sumber : internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ubah sikit nama jadi Johnson "jailbird" Lee
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:15 AM | Show all posts
kah kah kah kah kah....

mampuslah acik2 dlm grp AIM akak....

maner nak cekau duit nak bayo duit utang weekly
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 adooo Malaysia skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:24 AM | Show all posts
tok belagak versi cina
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sepandai pandai babi menyondol, akhirnya tersondol dinding lokap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2017 10:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
yang awal melabur dah untung pun.
yang lambat jgk jadi mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 11:18 AM | Show all posts
syukran...aku maseh setia dgn ASB dan TH juga Saham BR...

bole pi mamposss segala UT...@ pelaburan skim cepat kayapppp...
kalian teda tempat di hati ku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Slownya thread ni????? Why ????
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ramai lagi penyangak2 ni kena tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 11:52 AM | Show all posts
gila nilai pelaburan berbillion kot..
Sampai oversea dia scam je.. memang hebat
tapi ketamakan dia dah menjatuhkan dia..

Kalau dengan duit yang ada dia pegi lari kan boleh tahan lama sikit
ni makin nak buat scam lagi knonnye lagi power..
amik ubat..
jangan kasi keluar dah.. menyusahkan orang je
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:01 PM | Show all posts
sape yg nk kaya tanpa buat kerja? jom join saya.





iklan2 seumpama tu ade lagi yg nk percaya eh??
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:06 PM | Show all posts
bagus la..akhirnya polis amek gak tindakan..dah byk kan company spesis cenggini ada kt mesia tp penguatkuasaan x ketat
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:07 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 16-5-2017 10:34 AM
sepandai pandai babi menyondol, akhirnya tersondol dinding lokap

win sgt peribahasa uols sis
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:09 PM | Show all posts
muda lagi pengasasnya.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 12:18 PM | Show all posts
ahlisihircute replied at 16-5-2017 12:09 PM
muda lagi pengasasnya.......

elok la muda2 lagi dah kena tangkap..kot sampai ke tua dia buat camni mg billionaire la
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka dia. penipu besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik kepam pprt jah percaya skim goyang kaki dapat duit ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan lee ni kalau jadi sundal jual badan lagi laku dek dgan muka kau yg acah2 lee min ho tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.336872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list