Tidak syak lagi bahawasanya melayu adalah sebuah bangsa yang tergolong dalam kelompok manusia moden iaitu Homo sapiens sapiens. Manusia adalah antara organisma yang tidak mengalami evolusi secara drastik. Kita bukanlah tercipta melalui evolusi dari haiwan yang tiada akal kepada manusia yang berakal. Kajian menunjukkan bahawa set kromosom manusia iaitu 23 pasang Set Kromosom tidak berubah sejak dahulu sampailah sekarang, di mana kepelbagaian manusia hari ini adalah disebabkan perubahan minor dalam set allele yang disebabkan oleh pemilihan semulajadi (Natural Selection), mengikut tempat dan cuaca. Maksudnya, jika manusia yang mendiami kawasan yang sejuk dan tinggi, warna kulitnya akan menjadi cerah dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mendaki gunung (Contoh: Sherpa di Nepal dan Malim Gunung di Gunung Kinabalu) dan jika manusia tersebut mendiami kawasan yang panas dan dikelilingi laut, warna kulitnya akan menjadi gelap sedikit dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam berlayar di laut lepas. Oleh sebab itu, kawasan geografi manusia hari ini adalah hasil dari penghijrahan manusia dari suatu tempat ke seluruh muka bumi Allah ini sebagai khalifah, dan ia telah ditetapkan bahawasanya manusia itu diciptakan bersuku-suku walaupun bapa dan ibu manusia itu bermula dari satu jurai keturunan, iaitu keturunan Adam dan Hawa. Kajian DNA yang dikenali sebagai ‘Single Nucleotide Polymorphism’ (SNP) atau Polimorfisme Nukleotida Tunggal adalah kajian lanjut yang dijalankan untuk mengkaji pewarisan kita dari juraian ibu (menggunakan kajian DNA Mitokondria) dan dari juraian bapa (menggunakan kajian DNA Kromosom Y). SNP ialah teknik yang digunakan oleh ahli-ahli forensik untuk mengesan ‘DNA Fingerprint’ untuk mengesan jalur keturunan kita dari sebelah ibu atau sebelah bapa. Walaubagaimanapun, kajian DNA tunggal tersebut juga boleh digunakan untuk mengkaji umur DNA sesuatu bangsa itu secara in-situ. Ini bermaksud, kajian ini boleh mengesan umur sesuatu bangsa itu dan keberadaannya di kawasan tersebut, bersandarkan kepada umur relatif sesuatu DNA dengan teori kemenjadian DNA iaitu 5 juta tahun dahulu. Genetik Mitokondria Hawa Genetik Mitokondria Hawa (Mitochondria Eve) ialah set genetik mitokondria yang hanya dibawa oleh genetik ibu sahaja. Ia ditemui oleh Cann, Stoneking dan Wilson yang menerbitkan artikel berkenaan Mitochondria Eve di dalam Majalah Nature pada tahun 1987. DNA Mitokondria yangditemui dalam manusia moden berusia lebih kurang 200,000 tahun lalu, berdasarkan kepada indikasi manusia pertama yang diciptakan berusia 5 juta tahun dahulu. Justeru, daripada bukti DNA mitokondria ini, dapat disimpulkan bahawa bangsa manusia moden hari ini (Homo sapiens sapiens) bermula di Afrika Timur, seawal 200,000 tahun dahulu, dan genetik anak melayu juga dari juraian yang sama. Setelah mereka keluar dari Afrika, mereka telah sampai di Tanah Melayu seawal 74,000 tahun dahulu, menyeberangi Laut Merah, berjalan ke Selatan Semenanjung Arab, terus ke Pantai Barat India, bergerak melalui laluan pantai yang lebih landai dan panas (berbanding laluan gunung yang membeku di zaman dahulu), terus ke Indochina kira-kira 74,000 tahun dahulu sebelum berlakunya bencana alam maha dahsyat iaitu Letusan Gunung Berapi Toba yang mengorbankan lebih 70% daripada penghuni bumi ketika itu. Manusia yang terselamat daripada bencana ini ialah mereka yang sempat berlindung di dalam gua luas di tanah tinggi iaitu di Gua Niah, Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar dan pelbagai kawasan tanah tinggi yang melahirkan progeni bangsa-bangsa asal di Asia Tenggara ini yang dipercayai berasal dari empat bangsa purba di Asia Tenggara. Oleh itu, melalui dapatan Kajian DNA Mitokondria (MtDNA), melayu ialah antara bangsa terawal yang masih bermandiri di dunia ini, seawal 60,000 tahun dahulu, dan antara pecahan genetik tertua dari Afrika, sebelum berevolusi di kawasan yang lebih sejuk iaitu ke arah Utara dan Timur. Melalui dapatan kajian Yao et al pada 2002 yang bertajuk Phylogeographic differentiation of mitochondrial DNA in Han Chinese, Migrasi bangsa China ialah pergerakan dari Selatan, bermula dari Asia Tenggara ke Negara China. Ini bermaksud, genetik melayu lebih tua dari China dan Theory Out of Yunnan dan Theory Out of Taiwan ditolak sama sekali. Lebih kurang 74,000 tahun dahulu, nenek moyang melayu telah berkampung di Kawasan Pedalaman Asia Tenggara, menjadi induk utama kepada bangsa Daic di Utara Vietnam dan Indo-China hari ini, dan menurunkan generasi Melayu, Mon, Khmer dan Pyu. Kawasan di Pedalaman Asia Tenggara telah menjadi kawasan takungan genetik Melayu dan Mon sejak zaman berzaman, dan bergerak ke Benua Sunda sejak 60,000 tahun dahulu. Penulis bukan menukilkan berkenaan kaum Semang semata-mata, bahkan bersama-sama Semang ialah nenek moyang orang melayu. MtDNA melayu yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji genom di USM Kubang Kerian adalah menghampiri usia Semang iaitu dalam lingkungan 59,000 tahun dahulu. Kajian ini membuktikan orang melayu adalah “pendatang” ke tanah ini, iaitu antara pendatang pertama yang menjadikan kawasan ini sebagai tanah air mereka. Mereka juga bernasabkan kepada keturunan yang keluar dari Afrika, walaupun didapati melayu tidak mempunyai genetik Afrika (allele jenis E), tetapi orang melayu kaya dengan genetik yang bermutasi kitaran pertama dari genetik ini (allele M, N dan R), serta penanda genetik (genetic marker) orang melayu ada banyak persamaan dengan penduduk di Kepulauan Melayu, Micronesia dan Polinesia.Kajian juga mendapati pergerakan penutur Austronesia di Kawasan Kepulauan Melayu berdasarkan DNA ialah dari Pedalaman Asia Tenggara, ke Semenanjung dan ke Seluruh Kepulauan, sebelum bertemu dan bersemenda dengan penduduk yang datang dari Taiwan di Papua dan Filipina. Kromosomal-Y Adam Kromosom-Y ialah set kromosom seks yang hanya terdapat pada lelaki. Melalui kajian yang dijalankan, Kromosom-Y hanya boleh diwarisi oleh anak lelaki sahaja, membolehkan kajian terperinci berkenaan dengan pewarisan dari sebelah bapa atau paternal. Kajian genetik SNP secara paternal ini dikenali sebagai Y-chromosomal most recent common ancestor (Y-MRCA) yang mana kajian terperinci yang dijalankan mendapati umur Kromosom-Y Adam yang dikaji ialah dalam lingkungan 200,000 tahun juga. Ini menjadikan teori manusia ini datang dari satu ibu dan satu bapa menjadi lebih tinggi kesahannya.
Info Gambar: Allele melayu dikelaskan bersama semua yang berada berhampiran Semenanjung, Sumatera, Jawa, Borneo dan Papua iaitu allele K2b Sumber gambar: http://forwhattheywereweare.blog ... logroup-k-m526.htmlBanyak kajian genetik yang dilakukan dengan pelbagai keputusan yang agak memberangsangkan bagi mengesan Y-Kromosom dalam orang melayu dan seluruh kepulauan. Dalam banyak-banyak allele yang dikaji, dapatan allele Non-Africa yang sampai ke Kepulauan Melayu ialah allele K-M yang dijangka tiba ke Alam Melayu sejak 10,000 tahun dahulu. Kajian oleh Tatiana M. Karafet (2015) mendapati bahawa haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang yang berada di Austronesia dan ia bermula di Kepulauan melayu, sebelum tersebar ke seluruh arah.
Info gambar: Pergerakan Haplogroup M iaitu 10,000 tahun dahulu.
Sumber gambar: https://www.familytreedna.com/learn/ftdna/our-three-basic-tests/Daripada dapatan kajian tersebut, jelaslah bahawa ibu orang melayu telah berada di Kepulauan melayu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan bapa orang melayu pula 40,000 tahun dahulu (melalui Haplogroup K) dan berkemungkinan sampai pada masa yang sama, tetapi mengalami mutasi yang berbeza. Keadaan ini kerana MtDNA dari ibu lebih stabil dan sukar bermutasi kerana ia terletak di luar nukleus, tetapi Y-kromosom berada di dalam nukleus sesuatu sel. Menerusi dapatan kajian tersebut juga, didapati orang-orang yang berada di Timur dan Timur-Laut Kepulauan melayu adalah cucu-cicit nenek moyang kita yang bermigrasi ke sana, bukan migrasi dari sana ke mari.
Info gambar: Pergerakan Out of Sundaland yang lebih menepati kajian Tatiana M. Karafet (2015) Sumber gambar: http://forwhattheywereweare.blog ... logroup-k-m526.htmlWalaubagaimanapun, teori Slow Boat ataupun Out of Taiwan juga berkemungkinan besar berlaku pada 3,000 tahun dahulu. Dan pertembungan ini mewujudkan keturunan-keturunan kita yang bertutur dalam bahasa melayu atau bahasa austronesia ini. Info Rajah: Teori Migrasi Melayu dari Pedalaman Asia Tenggara dan pertemuan dengan genetik Formosan di Filipina dan Papua. Sumber: Tatum et al (2011)Kesimpulannya, dari dapatan Kajian Genetik ini, dapatlah dinyatakan bahawa melayu juga adalah “pendatang”, iaitu antara gelombang pertama yang keluar dari Afrika dan ditakdirkan menjadi khalifah di kawasan kepulauan melayu ini. Namun perlu diketahui, oleh kerana jarak masa yang terlalu panjang, Kepulauan Melayu ini menjadi tanah air (homeland) orang melayu sejak berpuluh ribu tahun dahulu dan menjadi bangsa induk kepada bangsa lain yang berada ke arah Timur, sehingga ke Hawaii dan Rapa Nui, serta ke arah utara iaitu ke arah China, Jepun dan Korea. Mereka yang pertama membina ketamadunan dan negara bangsa mereka terlebih dahulu sebelum migrasi yang berlaku ketika zaman moden dek penjajah British. Adalah berdasarkan kajian ini, orang Melayu sudah layak mendapat gelaran bumiputera dan pribumi di Kepulauan Melayu.
|