|
|
Pendatang baru dalam industri seni suara tanah air, Wany Hasrita sekarang ini sedang meletup-letup dengan lagunya yang berjudul Menahan Rindu.
Namun ada juga segelintir pihak yang melabelnya sebagai artis kampung!
Mengulas mengenainya, Wany, 25 mengatakan pemikiran skeptikal umum terhadap artis bertudung adalah kampung harus dihakis sama sekali.
 Foto: IG Wany Hasrita
"Seandainya gelaran itu mempunyai kaitan dengan genre muzik balada yang diperjuangkan saya atau nyanyian yang mendayu, Alhamdulillah single pertama saya, Menahan Rindu, diterima baik bukan saja peminat luar bandar tetapi juga warga kota," katanya kepada Harian Metro.
Walau bagaimanpun, penyanyi ini sebenarnya langsung tidak kisah dengan gelaran yang diberikan dan apa yang penting adalah lagu-lagunya dapat menghiburkan pendengar.
 Foto: IG Wany Hasrita
Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini juga sedang membiasakan diri dalam menghadapi kecaman disebabkan populariti mendadak yang dilaluinya.
"Mana komen yang berguna saya ambil. Mana yang berbaur menjatuhkan, saya tidak ambil pusing. Saya senang diterima kerana kesederhaan saya."
Baguslah begitu, hiraukan sahaja kata-kata yang tidak membina dan terus fokus dalam membina kerjaya dalam bidang hiburan ini okay.-CARI
|
|