|
Justin Bieber nampaknya mempunyai cara paling unik untuk membuat kebajikan dan kali ini dilakukan dengan 'seksi' sekali.
Menurut Aceshowbiz, pelantunh lagu Sorry ini dikhabarkan mendapat tawaran sebanyak USD50 Ribu dari sebuah syarikat permainan seks untuk membuat replika alat kemaluannya yang disalut dengan emas.
Replika tersebut akan dilelong dan hasil jualannya akan disalurkan ke organisasi pilihan penyanyi itu sendiri.
Foto: Thenational.ae
Wakil dari syarikat permainan seks, Jeff Dillon dikatakan sudah menghantar surat kepada pengurus Bieber untuk tawaran tersebut.
"Justin dikatakan mempunyai alat kemaluan yang besar dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk membantu dia untuk mempamerkannya dalam bentuk replika."
Bukan sahaja disalut emas, replika alat sulitnya itu nanti akan dihiasi dengan 50 biji batu berlian.
Macam tak masuk akal dengan tawaran begini, tapi tunggu sahaja jawapan dari Bieber. Adakah dia menerima atau menolaknya? -CARI
Foto: Billboard.com
|
|