View: 4310|Reply: 52
|
5 Kampung Diisytihar Dan Diwarta Kawasan Jangkitan Rabies
[Copy link]
|
|
sumber: internet
Kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.
Memetik laporan Sarawakvoice.com, perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang turut menjelaskan bahawa kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.
Beliau berkata pasukan pemberi vaksin telah dihantar ke ‘ground zero’ di zon yang dijangkiti penyakit itu kelmarin dan mereka juga akan mengunjungi kawasan lain.
“Bagi memastikan kejayaan operasi pemberian vaksin ini, kami memohon kerjasama penuh daripada semua pemilik anjing peliharaan supaya memastikan haiwan peliharaan mereka diberi vaksin dengan secepat mungkin.”
Tiga kanak-kanak di Daerah Serian dijangkiti rabies seperti yang diumumkan Hospital Umum Sarawak pada 22 Jun.
Dua daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya berusia enam tahun, meninggal dunia semalam.
Mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, berada dalam keadaan kritikal.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya sape kna rabies ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannnyaa...
berhati hati la mereka yg disana |
|
|
|
|
|
|
|
dlu ad kes kt semenanjung, kerajaan buat pelupusan anjing liar kan, tp aktivis marah. jd ape langkah patut buat selain bunuh anjing liat ni. takut tu, kalau dijangkiti, boleh bawa mati |
|
|
|
|
|
|
|
Elok le cepat bertindak sebelum lebih ramai jadi mangsa dan merebak ke kawasan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Deepest condolences to the family of the 2 Siblings. May their souls RIP
|
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 5-7-2017 10:54 AM
Cash dari Elohim
Virus tu dari anjing,kau bertuhankan anjing ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan?sini pun sama, sspca bising jugak bila council nk hapuskan strays.
aku pun tak paham apa yg aktivis for animal right tu nak?
masa bird flu dulu dgn wabak JE tak pulak bising...
bg aku perlu hapuskan stray dogs and cats di kawasan berdekatan and enforce pet license utk memantau kesihatan anjing dan kucing area tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sixret at 5-7-2017 04:55 PM
Ya, saya sangat ingat kes ini. Di kawasan Kelang. Pemilik anjing dibayar oleh majlis perbandaran jika menyerahkan anjing2 untuk "ditidurkan" kerana kes rabies. Yang membuatkan saya tidak boleh lupa, ada post2 fb yang berbaur rasis. Salah satu komen seseorang yang saya tak akan lupa kerana kebodohan komen itu, " what they will feel if we kill their cats."
Mereka ingat ini perang antara melayu dan kaum2 yang membela anjing. Betapa bodohnya segelintir manusia menaakul sesuatu kes. Sentiasa ingat wabak rabies sangat berbahaya.
Saya cerita ini bukan kerana saya rasis tetapi nak menggambarkan kebodohan segelintir manusia dalam melihat sesuatu kes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebak. Takziah kepada keluarga mangsa. Tq for the photo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.
Semua nyawa berharga tetapi nyawa manusia perlu diutamakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
oppol replied at 5-7-2017 04:10 PM
Virus tu dari anjing,kau bertuhankan anjing ker..
Elohim hantar anjing tu untuk korang Sarawakian. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih tgk pic dua bradik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Rabies: Empat ekor anjing dihapus
SERIAN, 5 Julai: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak menghapuskan empat ekor anjing di Kampung Lebor, Gedong, dekat sini hari ini, atas permintaan penduduk kampung selepas haiwan itu menunjukkan simpton dijangkiti virus Rabies.
Seorang penduduk yang ditemui Bernama, Bliyang Gendin, 58, berkata dia tidak mahu mengambil risiko dan meminta anjing peliharaannya Black, berusia tiga bulan, dihapuskan setelah haiwan itu mula sakit sejak seminggu lalu.
"Black sudah sakit sejak seminggu lalu. Anjing ini sudah mula tunjukkan simpton seperti air liur meleleh, kaki sakit serta bila tengok orang seperti mahu terkam dan gigit saja.
"Takut kami tengok anjing ini sebab semakin agresif walaupun belum menyerang orang... baik hapuskan sahaja," katanya.
Bliyang berkata dia tidak sedih dengan keputusan tersebut sebaliknya tindakan itu perlu untuk kebaikan semua pihak.
​​​​​​​
​​​​​​​​​​​​​​Selain anjing dan kucing, proses vaksinasi untuk mengelak virus Rabies di kampung tersebut turut melibatkan haiwan seperti tupai.
Semalam kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.
Selain Kampung Lebor kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung dan Kampung Remun.
|
|
|
|
|
|
|
|
budak berusia 7 tahun itu adalah anak kepada kawan saya yg baru saja lepas bersalin anak ke 4..
kesian sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
blm kena gigit dgn anjing wabak rabies...
kalo dah kena aku rasa 360 degree berubah...
jgn jadi bodoh kerana binatang
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..sian..bdk2 kecik lagi..so since ni pun psl kes anjing takdak plak yg nak cop sejak bila kerajaan sarawak kena lantik jadi elohim nak hapuskan anjing2 liar?bro Bliyang Gendin pun tak byk songeh anjing dia di tidurkan..salute of u bro fikirkan masyarakat dari diri sendiri..harap2 lah virus ni tak merebak. |
|
|
|
|
|
|
|
mudahan jugak u nanti digigit anjing wabak..ingat, rabies nie start dari sjung dan kalimantan sebelum tular ke serian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|