Bekas kumpulan duo Azhael, Azhar cakap dia tak cemburu pun dengan kejayaan ahli bekas duonya iaitu Hael Husaini yang tengah panas dengan lagu Jampi.
"Saya tumpang berbangga dengan kejayaannya, tidak perlu untuk mencemburuinya.
"Kami sudah membawa haluan masing-masing sejak berpisah.
Meskipun tidak lagi bersama saya tetap menyokongnya dari jauh.
"Lagipun, minat kami berbeza kerana dia suka menyanyi solo, manakala saya suka menyanyi dalam berkumpulan dan harmoni," katanya kepada Astro Gempak.
Meskipun begitu, Mohd Azhar bin Osman atau Azhar, 29, bersyukur kerana bernasib baik diberi kesempatan untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni selepas bergelar naib juara di Akademi Fantasia 2013 (AF2013).
"Meskipun sudah berpisah, saya masih lagi menerima undangan nyanyian dan saya bercadang untuk terus fokus menyanyi.
"Selepas ini saya merancang untuk keluar dengan single terbaru yang memperkenalkan jenama saya sendiri.
"Namun saya tidak nafikan, akademi fantasia adalah platform yang terbaik buat diri saya dan saya perlu menggunakannya dengan sebaik mungkin.
"Selepas akademi fantasia juga saya banyak menerima tawaran berlakon dan saya dapati bakat lakonan saya juga semakin baik.
"Saya bersyukur kerana saya boleh kata
karier seni saya berkembang selepas akademi fantasia," katanya lagi.
Foto: IG Azhar
Hm, takkan tak cemburu langsung. Macam tak percaya je? Tapi kalau betul tak menyimpan perasaan cemburu, bagus lah. - CARI |