Edited by Themilo at 24-8-2017 03:36 AM
Pelakon Alvin Chong tanpa berselindung mendedahkan keraguannya terhadap kebersihan pelakon Fattah Amin sebelum mereka digandingkan bersama dalam program realiti The House. Rancangan yang menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak itu menuntut dua rakan baik ini untuk tinggal bersama. Dedah Alvin, dia adalah seorang yang amat menjaga kebersihan dan mempunyai masalah Obsesif Kompulsif (OCD). "Apabila dapat tahu saya kena duduk serumah dengan Fattah, benda pertama yang terlintas adakah dia seorang yang pembersih. Adakah saya perlu tidur sekatil dan guna tandas yang sama dengannya? Sebab saya tak suka lantai basah selepas digunakan. Tapi nasib baik, dia juga seperti saya dan tahu menjaga kebersihan. Jadi, tak ada masalah bab itu." Tayangan siri The House yang menampilkannya dan Fattah Amin pula dijadualkan bersiaran mulai 20 September ini. Mengulas perkembangan terbarunya, Alvin menceritakan pengalaman bergandingan bersama pelakon Emma Maembong dalam drama Awak Suka Saya Tak yang dijangka memasuki tayangan televisyen pada Oktober nanti. Membawakan watak mualaf buat kali kedua, Alvin gusar sekiranya akan timbul kontroversi sebagaimana yang terjadi ketika dia berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP). Dalam SHMP, beberapa babak menjadi pertikaian ramai termasuk ketika Alvin memberi salam. Manakala dalam Awak Suka Saya Tak, jelas Alvin wataknya mengkehendakinya untuk menunaikan solat, membaca Al-Quran dan melaungkan azan. "Watak ini sangat berat kerana saya merupakan seorang mualaf yang masuk Islam dengan sendirinya. Banyak babak saya kena solat dan juga azan, tetapi babak itu akan dialih suara. Jadi, saya harap penonton tidak salah faham dengan apa yang saya lakukan."
UPDATE Umum sedia maklum tentang program realiti televisyen The House Musim Keempat yang akan menggandingkan pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong. Membawa konsep bromance, mereka dituntut untuk tinggal sebumbung di kawasan yang diputuskan perhubungan daripada dunia luar.
Pelbagai aktiviti dan cabaran perlu dilalui sepanjang program itu berlangsung membuatkan mereka menjadi lebih rapat. Dalam sebuah wawancara terbaru, Alvin mendedahkan pengalamannya yang mula mengenali karakter Fattah dengan lebih mendalam. "Jika di luar Fattah adalah seorang yang suka control macho, cakap pun slow and steady tetapi bila waktu penggambaran saya dapat tahu rupanya dia ada sifat kebudak-budakkan. Malah ada kalanya dia kelihatan agak lonely seperti tidak ramai kawan, mungkin susah nak berkawan dengan orang sebab mungkin pengalaman pernah dikhianati oleh rakan sendiri jadi dia mengambil langkah berjaga-jaga." "Tapi saya gembira apabila dia beritahu saya adalah salah seorang kawan paling rapat yang dia ada. Saya tahu bukan senang nak berkawan tetapi apa yang boleh saya katakan, selepas The House Musim Ke-4, dia adalah seorang daripada rakan karib saya. Kami boleh bercakap tentang kehidupan peribadi dan benda yang kita pernah lalui. Malah dia juga turut memberi tips dan tunjuk ajar memandangkan tidak lama lagi saya akan memegang watak yang berat dalam sebuah drama tayangan Astro dan saya akui ada masa perlukan sokongan moral daripada seorang kawan seperti dia." Pengalaman selama sembilan hari menjalani penggambaran membuatkan Alvin sedar tentang banyak perkara yang tidak diketahuinya perihal aktor berkenaan. Tinggal bersama tanpa sebarang gangguan memberi peluang untuk mereka mengenali sesama sendiri. "Banyak benda yang saya tidak tahu pasal dia dan apabila dapat peluang duduk bersama, baru saya tahu rupanya kami ada banyak persamaan, latar belakang dan pengalaman. Kami sempat berkongsi momen apabila pernah dijatuhkan oleh peminat sendiri, kecaman netizen dan dikhianati oleh rakan serta pengurusan sendiri. "
|