CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19343|Reply: 194

Wife aku dalam geng pelangi

[Copy link]
Post time 25-8-2017 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warga forum..

Aku tak tau nak story macam mana.. So aku google aku terjumpa satu medium yg boleh aku luahkan masalah aku.. Terima kasih forum cari.. Aku seorang lelaki yang bertanggungjawab pada famili aku.. Hasil perkahwinan aku dan wife aku, kami ada anak sorang.. Aku kahwin 4 tahun lepas.. Anak aku tu baru berusia 2 tahun dan anak aku lelaki.. Tapi yang aku tak tahan sekarang semenjak kebelakangan ni perangai wife aku berubah.. Dia dah macam dingin dengan aku.. Untuk pengetahuan korang wife aku bekerja di KL tapi kami tinggal di Bangi.. Wife aku memang educated jadi gaji aku dan dia ada perbezaan sikit.. Aku pula bekerja di sebuah hotel di KL sebagai captain banquet dan memang aku sedar dengan gaji banyak ni memang tak cukup untuk sara keluarga aku.. Tapi aku tak sesekali minta duit kat wife aku.. Aku buat partime jual keropok lekor, satay ikan kongsi lori dengan member aku.. Kadang-kadang kami berniaga di TBS stesen lrt ph5 depan kios ramly, kadang-kadang di pasar malam sungai besi..

Anak aku, aku hantar kat jiran sebelah rumah untuk jaga sementara aku dan wife balik.. Aku upah kak nah jaga anak aku.. Aku kenal Kak Nah dah lama dari zaman bujang.. Aku tau Kak Nah macam mana.. Nak dijadikan cerita semenjak dua menjak ni wife aku lain macam.. Memang hubungan aku dengan wife jadu dingin.. Bila aku dekat je dia jauh dari aku.. Anak kalau menangis dia buat tak reti.. Sibuk dengan handphone.. Macam dah berjahit handphone tu dengan tangan dia.. Bulan lepas anak aku tak sihat Kak Nah call aku.. Patut la anak aku lain macam malam tu.. Aku call wife aku hari tu kalau dia balik rumah cepat-cepat pickup anak.. Sebab Kak Nah dah bwk pg klinik anak tak sihat.. Dia bagi alasan dia kena kerja lebih masa.. 3 tahun pertama aku kenal dia memang sharp-sharp dia balik tapi sejak dari tu dia lambat balik sebab katanya kena stay back.. Takpe la aku paham.. Yang aku tak paham time dia sampai rumah nak dekat pukul 12 malam.. Boleh dikata hari-hari.. Anak aku yang demam tu pun dia buat endah tak endah je..

Kalau wife aku balik kalau aku tanya dah makan dia cakap dah.. Makanan memang aku lah yang masak.. Kalau tunggu dia kebulur aku dengan anak-anak.. Bila dia balik lalu sebelah aku kuat bau rokok.. Aku memang tak smoking.. Tapi tak lah aku bangang sangat tu bau rokok.. Aku diamkan.. Aku tak tanya pun.. Benda ni lama berlanjutan ku tahan-tahan perasaan aku.. Kalau pasal hubungan ke ranjang memang dia tolak la konon-konon penat letih bekerja.. Apa dari mulut dia semua aku positif kan saja.. Aku malas nak bertekak dan aku banyak mengalah.. Perangai dia betul-betul berubah bab kemas rumah semua aku lah yang kena buat.. Malam-malam aku kemas rumah basuh baju anak, baju dia semua.. Dia duduk atas sofa senyum-senyum pegang handphone.. Dipendekkan cerita minggu lepas aku curi tengok handphone dia.. Dia tengah mandi dia charge fon fon dia aku rasa dah set bila charge dia still on.. Jadi password tak locate sebab handphone tak off.. Aku check handphone dia aku bukak whatsapp dia.. Allahuakhbar aku terkejut.. Mengucap panjang aku baca whatsapp dia dengan budak tu.. Budak tu pulak perempuan tomboi.. Wife aku siap hantar gambar xxxx dia kat tomboi tu.. mesej lucah-lucah aku skrol laju-laju macam-macam gambar video xxxx lesbian diorang share.. Gambar timun petola semua ada.. Macam kat pasar pudu dah whatsapps dia.. Aku pergi galeri gambar aku dengan anak-anak dah tenggelam dengan gambar tomboi tu..

Macam mana aku tau makhluk tu tomboi? Dekat contact letak Ejay aku terus call tomboi tu pickup.. Aku tak lengah lagi terus maki.. Yang aku bengang dia carut maki-makikan aku kata aku tak pandai jaga bini.. Suara macam perempuan tapi saja diteran macam lelaki.. Wife aku keluar dari bilik air terus pergi kat aku rampas handphone dia.. Dia maki aku betul dia marah sebab aku maki tomboi tu.. Sanggup dia babi kan aku remehkan kerja aku.. Hina gaji aku sebab aku masih ingat dia wife aku, aku tak angkat tangan ke muka dia.. Benda ni baru jadi minggu lepas, dari hari tu memang dia buat rumah ni macam hotel suka-suka hati keluar masuk..

Muka aku pun dia tak nak tengok.. Anak tu pun dia takde nak peluk cium ke macam dulu-dulu.. Dia tak endah dah.. Dia balik ambil pakai dia je.. Isnin hari tu aku bergaduh besar dengan dia.. Tapi anak aku dah siap-siap hantar kat runah kak nah.. Dia suruh ceraikan dia sebab aku tak mampu bagi apa dia nak.. Bila aku tanya dia kau tak mampu apa.. Dia tak jawab pulak.. Terjerit-jerit macam perempuan gila aku tak tau apa tomboi gemuk tu dah racun fikiran dia.. Sampai dia sanggup tolak aku dengan anak.. Benda ni MIL dengan parents aku tak tau lagi pasal ni.. Aku buntu apa yang aku nak buat sekarang ni.. Aku nak lelap pun tak susah sebab aku kenang anak masih kecik lagi.. Wife aku siap warning aku kalau aku dekat dengan tomboi tu dia ugut bunuh diri.. Korang tengok penangan tomboi.. Aku sayang kan dia lagi.. Aku kahwin dengan dia atas dasar cinta.. Susah aku nak lepaskan dia.. Kami kahwin masa aku umur 29 dia muda setahun dari aku.. Sekarang aku dah 33 tahun.. Bukan keluarga yang satukan.. Kalau ikut member-member aku memang nak cari tomboi tu.. Tapi wife aku dah ugut.. Aku takut dia buat apa dia cakap.. Serius aku buntu dan aku perlukan nasihat dari ahli forum.. Aku confirm hubungan diorang dah sampai ke katil.. Apa yang aku perlu buat sekarang? Ada tak badan-badan yang boleh aku rujuk pasal kes ni.. Perlu ke aku bagitau MIL dgn parents aku?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2017 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ade yang komen aku lambat reply sori aku kerja.. Ni aku dah nak siap-siap pegi kerja.. Sukan sea punya pasal aku busy sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 07:03 AM | Show all posts
isteriku geng pelangi, tunangku gayah, tunangku psyco, gf ku curang dgn boss, crush dgn geng pelangi etc....
mcm2 lahaiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 07:11 AM | Show all posts
ermm..apa kata ko tanya wife betul2 kenapa dia jd mcm tu.
bkn apa,tomboi ni dia punya caring ,kata2 manis,pujuk memujuk  mmg buat pempuan melekat kuat.
kalau diorang suka dgn pempuan tu,mmg diorang akan jg betul2.
dan ko tanya apa salah ko sampai wife ko berubah jd mcm tu.
kau jgn marah2 or tengking2 time tanya tu.

pasal nak bagitau MIL atau parents tu tak perlu dulu.
kadang2 bila family masuk campur awal2 ni boleh jadi kes besar.
kalau boleh cari jln selesaikan sendiri dulu.
atau pun kalau ada org yg wife kau boleh dgr cakap boleh gunakan org tu.
bawak berbincang elok2.
ko kena bersabar dan bertabahlah.

kalau susah2 sgt kau ngadu kat KRT.
sana ramai makcik bawang puaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ugut nk bunuh diri yer? Huiii kalau i lagi i suka dia ugut2 gini.lagi dia ugut laaaagi i buat apa yg dia ugut tu,nk tengok jauh mana dia nak pergi

Pompuan ni bro acah-acah perwira jah. Bilang sama dia,jika masih tomboi dompok tu ganggu lagi sekali,u report polis. U nk bunuh diri?haaa pegi2.nak terjun gaung ke? Nak bakar diri? Atau nk minum klorok?ok2 boleh i tolong.

Tegas bro,tegas!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian si anak, mak dah tak pedulikan dia lagi. Macam ni tt, ask your wife pilih tomboi ke pilih u and anak. Once and for all. I know you love her and kalau boleh nak save the marriage.

In this case, your wife curang..dengan yang sejenis. I need you to think about your anak. Ada bini pun tak serupa bini. Si anak ada mak pun tak serupa mak. So what's the point in holding on? Duit pun jadi isu juga since dia dah ungkit pasal tu.

So ask her? Apa yang dia nak in your marriage. To stay or to go? Kalau dia hesitate nak jawab, there is still chance boleh diselamatkan. Kalau dia terus jwb nak tomboi, then just let her go.

Apa2 pun anak mesti dengan u. No way si tomboi gemok tu boleh dekat dgn your anak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2017 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Report polis boleh? Cakap org ke 3.. wlpon tomboi.. ada ambil ss tak?

Simpati dgn tt.. kalau laki x buat hal.. bini pulak jadi.. dugaan harap btabah..

Benci tomboi acah2 jantan.. kalau dah perempuan tu perempuan la juga..

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Haru cepat2 selamatkan wife u... rujuk pejabat/majlis agama boleh tak dapatkan pendapat. Pandangan i je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2017 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
putribonda replied at 25-8-2017 07:11 AM
ermm..apa kata ko tanya wife betul2 kenapa dia jd mcm tu.
bkn apa,tomboi ni dia punya caring ,kata2 ...

Aku dah cuba slow talk dgn wife aku.. Tapi bila aku sebut je pasal tomboi michelin tu terus dia naik angin.. Betul kata putribonda tu, kalau boleh aku tak nak la babitkan parents dgn MIL aku takut-takut nanti jadi lain.. Tapi kalau aku tak bagitahu diorang aku takut esok dah jadi kurap parents aku adik beradik aku salahkan aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2017 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 25-8-2017 07:18 AM
Ugut nk bunuh diri yer? Huiii kalau i lagi i suka dia ugut2 gini.lagi dia ugut laaaagi i buat apa yg ...

Haha.. Member aku pun ada cakap macam tu tapi aku tak nak tanggung risiko buatnya wife aku betul-betul nekad bunuh diri dah satu hal.. Tapi perlu ke aku buat report polis? Anyway thanks for the advised..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2017 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 25-8-2017 07:25 AM
Kesian si anak, mak dah tak pedulikan dia lagi. Macam ni tt, ask your wife pilih tomboi ke pilih u a ...

Memang dia dah berubah.. Tak macam dulu.. Minggu ni memang betul-betul dia buat peel.. Aku kesian la anak aku cari-cari mama dia.. Dia langsong tak pikir ke pasal anak ni.. Kalau balik ni jam ambil pakaian pastu keluar.. Jalan depan aku berentak.. Thanks sebab respond..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2017 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
irlene_hana replied at 25-8-2017 07:25 AM
Report polis boleh? Cakap org ke 3.. wlpon tomboi.. ada ambil ss tak?

Simpati dgn tt.. kalau lak ...

Tak sempat aku nak ss whatsapps dia tu hana.. Nombor tomboi tu pun aku dapat hafal 4 angka je.. Misal kata aku report polis apa yang aku perlu ckp ye? Memang acah-acah jantan pun.. Yang aku tak boleh terima selambak dalam baju dia tapi sibuk nak jadi abang-abang.. Menyirap la darah aku bila terbayang muka dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2017 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Guys sebenarnya aku tengah handle untuk breakfast ni.. Ni pun aku curi-curi masa.. Aku agak busy sikit.. Dah free aku respond.. Thanks pada forumer yang beri nasihat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaki.Aziz replied at 25-8-2017 07:45 AM
Haha.. Member aku pun ada cakap macam tu tapi aku tak nak tanggung risiko buatnya wife aku betul-b ...

Kalau u takut2,dia akan ambil kesempatan atas ketakutan u tu. Dia ugut skit,u dah akur dan mengalah dgn ugutan dia. Walhal u ada HAK utk pertahankan hak u sbg suami. Bagi kata dua terus. Ckp kt dia, i nk u putuskan terus hubungan laknat u dgn betina tomboi tu. U nk bunuh diri? Pegilah bunuh.sgla perbualan kita ni berekod (walau xde pn sbnrnya). Lps ni nk pi balai report. U nk buat apa kalau i suruh org pi rogol tomboi u tu??

Ugut dia balik gitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaki.Aziz replied at 25-8-2017 07:49 AM
Memang dia dah berubah.. Tak macam dulu.. Minggu ni memang betul-betul dia buat peel.. Aku kesian  ...

See? Betapa beraninya dia mempersendakan u sbg suami. Sikit pun takde rasa apa buat kat laki gitu. Sbb apa? Sbb dia tahu laki dia gerun dgn ugutan dia dn xmampu ambil apa2 tindakan.

Cuba dia tahu laki dia jenis ku bikin apa ku cakap,ku kata jgn keluar kau keluar aku belasah- ada berani dia?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 08:12 AM | Show all posts
yg tomboy ni ponn. kemahen kacau wife org.

cuba TT bincang leklok dgn fmly mil.

takot dah kena mandrem kot wife TT tuh.

drastik sgt perubahan die.

takkan smpai anak pn x pndg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2017 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau nk marah n serang tomboi tu wat apa?? pujuk lah wife kau tu..

Kadang sebab beza gaji n sibuk keje n part time kita xperasan kesan dia..

Cuba slowkan sikit pace tu..weekend gi bercuti untuk eratkan balik hubungan..bincang elok elok mcm mana nk perbaiki hubungan..jgn bincang utk cari salah pula..

Gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 25-8-2017 08:03 AM
See? Betapa beraninya dia mempersendakan u sbg suami. Sikit pun takde rasa apa buat kat laki gitu. ...

Apalah yg kau ajar ni..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 25-8-2017 08:18 AM
Apalah yg kau ajar ni..hahaha

Bro,kalau bini tu tercintan cintun dgn jate ok fine bolela aku terima slow2 atas dasar fitrah manusia suka kasih sayang cinta maknenek ni kan.

Ni jatuh ati dgn tino jugak.hak elahh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 25-8-2017 08:21 AM
Bro,kalau bini tu tercintan cintun dgn jate ok fine bolela aku terima slow2 atas dasar fitrah manu ...

Kalau dengan jantan n ngeseks..ad yang suruh rejam sampai mati lak jap lagi..ikut islam katanya..

Dalam kes tt ni kesian gak wife dia..dah lah tt gaji kecik..sibuk bisnes part time lagi..bila je ada kat umah pun xtahu..

Then phone wife pun xpernah check..sebab percaya ke apa pun xtahu lah..aku n wife saling percaya gak..tapi bukan bermakna xleh tengok phone masing masing kan..

Saling percaya = phone kau phone aku n phone aku phone kau..

So kalau dapat dibaiki dari dasar insya allah boleh ok..tapi kalau memang xnak baiki..cerai je lah bini tu..kesian dia terseksa gitu kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.210938 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list