Ingat lagi tak gadis bernama Syasya Solero yang pernah tular di media sosial empat tahun yang lalu? Kalau sudah lupa atau memang tak pernah kenal, saksikan dulu video di bawah ini.
Penangan video ini telah menjadi fenomena suatu masa dahulu hingga banyak terhasilnya video-video parodi dan juga lagu.
Setelah bertahun menyepi, Syasya Solero atau nama sebenarnya Asyalliee Ahmad kembali menjadi bualan netizen selepas dikatakan memuat naik status gurauan tak bertempat di laman Insta Stories miliknya.
Dalam perkongsiannya, Syasya memberitahu bahawa dia kini mengalami masalah kewangan dan terpaksa menjual barangan kesayangannya kerana ingin mencari duit untuk makan.
Syasya turut memberitahu bahawa suaminya juga mahu menjual PS4 kesayangan kerana desakan kewangan yang mereka hadapi.
Tidak lama kemudian, Syasya memuat naik sekali lagi status bersama gambar wajahnya. Menurut Syasya, semua itu hanya sekadar gurauan semata-mata.
Namun niatnya yang mahu bergurau akhirnya menjadi medan kecaman di kalangan netizen. Mungkin kerana marah dan kecewa dengan tindakan Syasya yang bergurau seperti itu malah seolah-olah memperbodohkan followernya.
Pengajarannya, fikirlah semasak-masaknya sebelum memuat naik sebarang status di media sosial. Nak bergurau boleh, tapi elakkan tentang perkara-perkara yang sensitif, Ok? - CARI
|