Kontroversi tak habis-habis lagi, belum reda tentang kisahnya nak ambil senjata api, Datuk Aliff mengamuk pula dengan Caprice.
Semuanya bermula bila penyanyi rap tempatan itu memuat naik sebuah video pendek di Instagram mengenai pendapatnya tentang pengambilan anak angkat.
Menurut Caprice lagi, dia sangat sangat kagum dengan tindakan Sajat dan Datuk Aliff yang dianggap mulia kerana sanggup mengambil dan memelihara anak angkat.
Dia jua mengutuk tindakan Pian Kpop yang dianggap kurang ajar kerana mengedit gambar anak-anak angkat Sajat.
Disebabkan tidak berapa faham Bahasa Inggeris agaknya, Aliff terus sahaja melenting kerana menyangka Caprice berkata buruk tentangnya.
Disebabkan tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh, Caprice membalas komen Aliff dan memberikan penjelasan.
Apa lagi, ruangan komen mestilah penuh dengan komen dan reaksi yang berbagai-bagai dari netizen.
Ramai yang menyuruh Datuk Aliff supaya meminta maaf kerana salah faham tersebut.
Itulah orang kata 'english education' tu sangat penting ya. Lain kali belajar memahami dulu apa yang cuba disampaikan dan jangan cepat sangat melatah. -CARI |