CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49607|Reply: 477

auntie watie tak mampu bayar ganti rugi 700 k....

[Copy link]
Post time 8-9-2017 03:22 PM | Show all posts |Read mode
BEKAS anggota kumpulan Elite, Hana sekali lagi memfailkan saman terhadap rakan kumpulannya, Watie Sadali berhubung kegagalan pelakon itu membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dua tahun lalu.
Hana atau nama sebenarnya, Norhanasafiza Mat Adnan, 39, yang menang kes samannya pada 10 Mac 2015 terhadap Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 41, memfailkan saman penghutang penghakiman itu pada 18 Mei lalu, selepas Watie masih gagal menjelaskan hutang berkenaan sehingga kini.

Dalam permohonan itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berkenaan kegagalannya membayar hutang berkenaan.

Sementara itu, Watie ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey ketika ditemui pemberita berkata, dia tidak membayar jumlah yang dituntut Hana disebabkan tidak berkemampuan.
"Saya tak mampu membayar jumlah tuntutan RM707,351.83 kerana tidak ada pendapatan tetap dan bukannya orang kaya," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding yang dijalankan di dalam kamar Hakim Rasyihah Ghazali.
Bagaimanapun, Hana tidak hadir ke prosiding itu dan diwakili peguam Tengku Nadiatul Hanim Tengku Mohamad Nasser.
Mahkamah turut menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan kes itu.
Sebelum ini, Hana memenangi saman terhadap Watie berhubung kegagalan penyanyi itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.
Menurut penyata tuntutan itu, Hana mendakwa membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.
Namun, pelakon terbabit gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.
Akibat kejadian itu, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan perkara itu tersebar di blog sehingga mendatangkan malu kepadanya.
Selain itu, dia juga mengalami tekanan dan kejadian itu memberikan kesan negatif kepada kariernya.




Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 2:48 PM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2017 03:23 PM | Show all posts
what happen to this acik?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya kena saman sebab xbayar kereta atau sbb personal loan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh acik watie ni dlu nak pkai kete wish tp xmampu so hana baik hati pinjamkn nama utk buat loan bank.so dah dpt kete acik wati guna n hana rasanye migrate n kawen duk obersea.tp watie kt malaysia xbayor.Sampai nama hana blacklist.Susah weh wt baik kat kawan tp kawan macam taik.tak pasal nama kita sangkut ngn bank.tu la org cakap nk tulung jd pnjamin utk adik beradik lagikan boleh gaduh.Apatah lagi kawan2.klo jd masalah tak bayar gini la tak memasal nama kita plk jahanam.Padahal niat kita ikhlas nk tolong.So acil watie ni xmampu bayo agak2 kene tangkap sumbat jel tak.nyampah aku ngn laki katik sheols tu si joey sumpah tak lawak ehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:32 PM | Show all posts
duit tak ada berangan nak beli toyota...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral of the story kalo xde duit buat cara xde duit aunty watie oiiii....kan dh kne saman,esok2 merasalah kne sumbat msok penjara kalo still x byr. Kes ni bertahun2 dh kot rupanya lom settle lg. job mcm lebat,muka slalu kluar msok drama tp stillll ckp xde duit. Ko keja utk apa aunty? Bela bewak ke?laki sheols pn mcm sendu jahhhh...nampak mcm x mampu tanggung bini. Ke mmg xde job slain iklan produk nuraisa tu???!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kali punya top up interest sampai saman 700k ek? Kawan pun mengong gak, fah tau kawan tak mampu, ngaper carik bala?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:38 PM | Show all posts


kasihan juga tengok dia menangis...
i hope derang cari solution camner nak bayar secara ansuran....
i think Hana dah try nak settle one to one but she ignore..

rm700k tuh... kalau kena i...kena jual rumah untuk bayar...

Anyway...jangan sekali kali buat tabiat biar papa asal bergaya... seperti wati ni
beli mengikut kemampuan...
kalau yang tak berpendapatan tetap seperti artis tuh...baik simpan duit kemudian bayar cash..
beli kereta produa axia pon tak per....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyoh.. Watie guna nama hana nak berutang beli keta, so dah diri sendiri blacklisted dah (mmg jenis liat byor hutang) agaknya jd sbgai kawan hana bagi guna nama dia beli keta toyota wish.

Maka terjadilah kisah dimana watie xbyr segala mak nenek montly instlmnt,insurans,roadtax menyebabkan hana kena bakrup oleh mahkamah.

Sapa tak marah?? Dia saman la watie 2 tahun yg lepas. Jadi saman tinggal saman walaupn dia menang..watie ttp xbyr saman. (kat sini nampak sgt tiada budi bicara dari pihak watie)

So jalan terakhir? Jadi mcm ni balik la.. Saman balik sbb saman xbayar..kahkahkah..

Dalam intview td watie ada nyatakan nak byr secara ansuran.

Kesimpulannya ukur baju dibadan sendiri. Dah tahu xmampu jgn berutang. Phuii
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Karma ko watie...dunia berputar....kawin cerai ..hutang..anak mati..mabuk..heavy smoking bla bla bla...rasain la ko...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:45 PM | Show all posts
UKUR BAJU DI BADAN ORANG KISAH NYA NIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian hana . aku pun dlm situasi tu jgk.. buat loan utk akk aku sndiri 10k. 1sen x byr..aku byr sorg smpai da hbis. sikit xde rase bersalah.. org mcm ni mmg x gune di tlg. puii
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
duit x de tp nk pakai kereta mewah ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tgk hana ni masa iv melodi, dlm 2 tahun lepas mmg nmpk hana ni sedih n frust sgt kawan dia yg jd penyebab dia diisytihar muflis tu. Berhutang pakai nama dia. Masa tu mmg dia xsebut nama sape. Xlama tu bru kecoh yg berhutang sampai menyusahkan dia tu watie ni ha.

Sian tgk. Harap hana dpt keadilan sewajarnya. To watie, ni lah akibat nya bila u aniaya hidup org. Allah pasti akan balas punya, cepat atau lambat je.

Sori yach meols teda simpati buat watie, dengan ucapan, sila bayar hutang org.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:54 PM | Show all posts
mau berdarah mata nangis...700k tu...semoga bertemu jalan penyelesaian la...ehh jap nak tanya..kalau kes camni boleh mintak tolong AKPK tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk tu 700k.. kalau ansuran 2k sebulan, 30 thn baru habis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 04:04 PM | Show all posts
Kesian pulak kat watie ni. Dahla jrg nmpk dia kat tv skrang..
Tapi mmg salah dia pun, pi aniaya kwn buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 04:05 PM | Show all posts
apabila hidup kamu dikorupkan oleh keadaan sekeliling umpama kera baru keluar hutan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 04:06 PM | Show all posts
ya ampung 700k include saman malu so on and interest la kan..
mmg cari nahas watie oiiii..

nak clearkan nama bagai..
kuar air mata pun kalau hana tu dah rasa dianiaya sangat.. mmg patut tindakan dia tu..

hope watie bincang la ngan hana tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Joey tu pun sengkek jugak kah chuols?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.077712 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list