Edited by tinacuak at 24-9-2017 05:17 PM
Makcik aku ni adik kepada ayah aku. ayah aku sayang kat dia sampai bila keluarga dia bagi kecik hati ayah aku pun, ayah aku dok menangkan makcik aku. maybe nak sedapkan hati sendiri kot. keluarga makcik agak sederhana dari segi kewangan. suami makcik aku banyak perguna dia, so ayah aku macam tak berapa suka.
pernahlah ayah aku nasihat anak dia (anak saudara ayah aku lah) pilih kos yang mampu dengan otak untuk belajar, dah depa salah faham katanya ayah aku merendahkan anak dia. aku rasa geramlah! dahlah saudara aku ni (anak makcik aku lah) mintak nasihat aku pasal belajar, tapi bila ayah aku cakap, depa tak boleh terima.
Memang menyampah gila bila dapat tau layanan buruk seluruh keluarga makcik aku kat ayah aku. iri hati apa entah dengan ayah aku.
aku taktau apa masalah makcik aku ni sampai anak dia bertunang pun taknak jemput ayah aku, lepastu anak sedara dia (majlis abg aku) bertunang pun dia tak mau datang.
Paling bangang bila anak makcik aku whatsapp aku kata jangan bagitau ayah aku pasal majlis dia nak bergunang. WTF lah pompuan ni! biadap!
Apa dia tak tau ke aku ni anak pak saudara dia yang benci tu? biadap sangat!
Ya Allah. aku rasa geram sangat sampai tak tau nak mintak apa kat allah kat seluruh keluarga makcik aku ni.
dengki apa entah dengan keluarga kami. paling aku geram kalau makcik aku ni je buat hal tak apa, masalahnya sekali laki dia, dengan anak dia biadap dengan ayah aku. ya allah! aku geram sangat ni dengan keluarga makcik aku!!!!!
kalau korang, apa korang buat? apa korang buat bila tengok adik-beradik sebelah ayah biadap dengan ayah kau? apa penyelesaiannya? aku sedih sangat bila adik yang ayah aku sayang bersikap biadap dengan abang dia.
Apa cara aku patut buat agar ayah aku stop thinking about his sister and her family. lantak pi kat depa. nak sakit ke, susah ke, lantaklah! takyah amek peduli dah pasni!
aku memang kesian sangat kat ayah aku. aku tau ayah aku nak sedapkan hati dia ja masih dok anggap adik dia sayang kat dia padahal hmm…diorang menyampah dengan ayah aku.
aku pernah cerita kat ayah aku apa makcik aku dengan anak dia buat dekat belakang ayah aku masa ayah aku tak ada. lepas tu ayah aku macam sedih lah dan dia kata janganlah hasut dia.
korang ada cara tak apa aku patut buat untuk bagi ayah aku nampak layanan bangang keluarga makcik aku ni dekat ayah aku? aku nak bagi ayah tak payah amek tau langsung pasal keluarga makcik aku. salah tak kalau ada niat macam ni? aku kesian kat ayah aku.sebab bila kita tak amek tau pasal sesuatu tu, hati ni lega sikit.
|