|
Sering kali dikatakan lelaki sado atau berbadan kekar ini sebagai gay iaitu lelaki yang minat kaum sejenis.
Adakah tanggapan ini dilakukan secara rawak atau pun sudah terbukti semua yang sado adalah gay?
Persoalan ini turut dibincangkan menerusi status di Instagram milik selebriti kecergasan, Dr Say.
Katanya, ia turut pernah pernah terjadi kepada ketika masing single. Orientasi seksualnya dipertikaikan sehinggalah saat dia berkahwin, barulah semua kata-kata itu terdiam.
"Dulu mase sy single, ramai kwn pmpn sy ckp "eee ko mcm gay ah say", "say, ko suke laki jenis cmne?", "say, ko atas ke bawah?" lepas dh kawin xkedengaran dh bunyi bunyi-an tu," tulisnya.
Dr Say mempersoalkan pemikiran jumud atau pun tertutup itu. Katanya, mengapa boleh wujudnya penilaian sedemikian rupa. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.
"Awat masyarakat pikiaq gtu na? Ada badan ja mesti gay. Kesian kat kami, susah2 disiplin jaga makan + senaman last2 kena cop gay.
"Mmg xdinafikan kami suka tgk laki lain yg tuff sb kami nk compare kekurangan bdn kami dgn laki tu, mcm dada kurang tebai ka, back kurang lebaq ka tp rata2 kami straight berumah tangga, beranak pinak siap," katanya lagi.
Di ruangan komen, para netizen turut menyatakan rasa setuju dan memberikan sokongan kepada doktor ini.
"Tak faham dengan mentaliti orang kita. Asal sado je gay."
"Memang semua orang suka judge orang lain, just be positive."
Mungkin lelaki yang buncit dan tidak menjaga badan itulah lelaki sejati agaknya ya? Betul ke?- CARI |
|