Tiada elektrik. Tiada air. Kemudahan asas ranap. Kewangan kerajaan pula semiskin miskinnya. Penduduk di Puerto Rico yang ada wang dalam akaun perlu beratur panjang namun limit USD100 saja sehari. Selepas Ribut Maria melanda pada 19 Sept lalu, Puerto Rico hancur total. Kerajaan persekutuan Puerto Rico yang bertahun menanggung hutang teruk nampaknya kini lebih terbeban dan tidak mungkin dapat memperbetulkan ekonominya lagi, buat selamanya.
Tidak akan ada bailout untuk krisis hutang Puerto Rico sebaliknya Trump sedang bercakap tentang idea politik untuk batalkan saja hutang Puerto Rico secara keseluruhan. Menyebabkan para pelabur berhenti melabur (eg: pasaran bon) di Puerto Rico. Walau sebahagian hutang tidak berbayar bakal diselesaikan oleh bon insurans apabila Puerto Rico diisytihar bankrupt, sebahagian besar pemberi hutang (mutual funds, pension funds, retirees and individual investors) bakal rugi wang pelaburan.
Puerto Rico menanggung hutang sebanyak USD74 bilion + USD53 bilion wang untuk tabung pencen.
""It's very tough, because it's an island," Trump said during a meeting with members of the House. "In Texas, we can ship the trucks right out there. And you know, we've gotten A-pluses on Texas and on Florida, and we will also on Puerto Rico. But the difference is, this is an island sitting in the middle of an ocean. And it's a big ocean; it's a very big ocean. And we're doing a really good job."