View: 6171|Reply: 42
|
"Saya Takkan Hukum Dia" - Netizen Tersentuh Dengan Luahan Adik Benjy
[Copy link]
|
|
Air yang dicincang tak akan putus. Kasih sayang seorang adik terhadap abangnya tak pernah pudar walaupun si abang dihukum penjara kerana memiliki dadah.
Menerusi laman mikro Twitter, anak perempuan Allahyarham Azean Irdawaty, Elza Irdalynna meluahkan apa yang terbuku di hati berhubung hukuman penjara selama 11 tahun dikenakan terhadap abangnya iaitu pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atas kesalahan memiliki dadah.
Sayu pula hati ini membaca luahan hatinya. Menurut Elza, dia tak akan pernah menghukum Benjy kerana perbuatannya itu.
Begitu sayangnya dia dengan abangnya itu. Kalau kebanyakan orang lain, pasti sudah malu nak mengaku darah daging.
Foto: mStar Online/Bernama
"Tak kira apapun yang berlaku, kita akan harunginya bersama sebagai satu keluarga.
"Ben ialah darah daging saya yang sanggup korbankan zaman kanak-kanaknya demi untuk menjaga saya.
"Apa jua kesalahan yang dia lakukan, saya maafkan dia. Saya tak akan menghukum Ben atas kesalahan yang dilakukannya. Saya sayangkan abang saya.
"Ben ada masa yang panjang untuk tebus kesalahannya dan sebagai adik, saya akan sentiasa berada di sisinya sehingga ke penghujungnya," tulisnya.
Foto: Twitter
Netizen yang tersentuh dengan luahan hati Elza itu turut bersimpati dengan nasib Benjy dan mendoakan semoga dia insaf selepas ini.
"Semoga benjy insaf dengan segala kesilapan yang dilakukan. Ada masa lagi untuk memperbaiki diri anda.
"Betul, salah tetap salah tetapi sebagai adik-beradik ikatan tak akan putus," komen netizen.
Benda dah berlaku. Cuma apa yang diharapkan, Benjy insaf selepas ini. Tak perlulah kita mengecam dan terus memburuk-burukkan Benjy lagi, okey? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Benjy ni dah banyak sgt dapat peluang untuk berubah tapi disia2kan. Harapnya lepas ni dia bertaubat le. |
|
|
|
|
|
|
|
sebak akak membacanye...sebagai org yang pernah mengenali famili arwah kak Yan dan abg Karl,
semoga tabah dengan dugaan ini...semoga benjy akan berubah ke arah yang lebih baik nanti..insha Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila mak dah takde, adik pulak main sympathy card..
kalau dia nak berubah, dia dah berubah lepas tengok mak dia bersusah payah nak lepaskan dia dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg susah nak buang adik bradik darah daging sendiri nii
mcam mana jahat/bersalah pun dia org..
kena pulak dia jenis yg syg, take care adik bradik..
cuma pilihan dia dlm menjalani cra hidup yg salah
sbb ada org yg mcam tu..
semoga dia insaf.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih pulak baca ...................................... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu aku dgr jgn buat salah nanti anak2 yg tanggung...ni contoh terbaik which is sometime so unfair that anak2 pulak yg menanggung dosa makbapak |
|
|
|
|
|
|
|
byk kali dh buat hal
bnasib baik dia nih s arwah ibu syg dia, bapak tiri baik, adik beradik ok.
no compare ngn org lain yg mak pak n adik beradik 'buang', benjy sepatutnya dh buka mata lah |
|
|
|
|
|
|
|
I susah nak simpati dengan orang yang libatkan diri dengan dadah. In Benjy's case, heols dealer kan. Bukan untuk diri sendiri pakai.
Sah2 la menjahanamkan hidup orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
gambo kt twitter lawa lak..hehe.. elza ni bf die cina x silap, siap gambo peluk anjing kt fb..
dealer, susah la nak maafkan |
|
|
|
|
|
|
|
harap mereputtttt dalam penjara nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
ya sepatutnya begitu la. jgn putuskan hubungan adik beradik sbb salah sorang buat salah dan silap. adik beradik harus saling memberi sokongan antara sama lain andai the other one needs help. mmg la ben buat silap. untung sgt dia. selain banyak kali lepas .. dia juga beruntung dpt adik beradik yang still sayang dia. aku tak rasa adik beradik dia tu mintak benjy tu diampungkan. tapi dia org tu sanggup hadapi segala kemungkinan bersama2. tak biarkan benjy tu terkapai2 sendirian. sbb ahkaq ni kesian tengok neighbour akak ni aa. anak2 ramai. yang atas2 semua berjaya. skolah tinggi2 dan keja bagus2. tapi ntah kenapa adik yang bongsu pulak tak menjadi. dah la sekolah tak pandai .. mendadih pula tu. kena tangkap kes curi pun ntah berapa kali dah kena. i faham adik beradik pun marah tp malangnya si adik tu dinyahkan terus dari hidup kakak2 dan abang2nya yang serba berjaya tu tanpa ada rasa kasihan. sbb merasakan adik dia ni mentarnished sgt nama baik dia org. yang si emaknya pulak .. takut sgt dgn anak2 yang pandai2 tu .. bila diwarning dek anak2 yang padai2 tu jgn hiraukan adik yang bongsu tu .. si emak pun ikut je cakap anak2. tak brani nak bersuara. jadi .. semakin hanyut dan terumbang ambing la nasib si adik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih baca, memang patut keluarga tak buang dia.
but for me, dealer, create dadah sintetik, merosakkan anak bangsa sendiri.
tak dapat dimaafkan.
berapa banyak da keluarga yang rosak sebab ketagihan dadah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ben berubahla betul2 yek,kesiankan famili yg sush payah mengharung same |
|
|
|
|
|
|
|
well said sistur. Aku tak rasa pun elza ni cuba nak meraih simpati dan tak nak mengaku kesalahan benjy macam azian irdawaty. She did accept the fact yg benjy ni terlibat dengan dadah. Apa yg dia nak sampaikan adalah sejahat mana pun benjy, dia takkan buang benjy dan sentiasa akan memberi sokongan kepada benjy kalau dia nak berubah. Sejahat mana pun orang tu, kalau dia sedara mara kita, kawan bermain dari kecik, takkan la takde langsung rasa simpati. Rasa simpati bukan bermaksud kita menyokong perbuatan buruk dia |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 benji insaflah lepas ni..
keluarga dia pun masih boleh maafkan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
payah org camni nk berubah.. keajaiban sgt lah kalau dia nk berubah |
|
|
|
|
|
|
| |
|