23 Okt - Kami baru menerima maklumat bahawa Yusuf Azmi & Abang Ali dipanggil untuk serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk ditahan dan didakwa esok berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.
Kami difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal. Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapakah tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya walaupun ratusan laporan polis serta ratusan aduan yang PPIM terima tetapi tindakan hanya diambil ke atas PPIM.
Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan. Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.45 pagi esok.
07.30 AM
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)
08.57 AM
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang
09.00 AM
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)