Gejala membunuh diri sememangnya kerap berlaku di kalangan masyarakat yang berdepan tekanan hidup samada disebabkan masalah keluarga mahupun peribadi.
Lebih teruk lagi, sejak kebelakangan ini, membunuh diri secara siaran langsung menerusi Facebook Live video menjadi satu trend hasil perkembangan teknologi yang semakin canggih.
Baru-baru ini, memetik laporan Mirror.UK, seorang bapa bertindak membunuh diri dengan sepucuk pistol dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook. Tindakan mengejutkan ramai itu diambil hanya disebabkan anak perempuannya berkahwin tanpa keizinannya.
Ayhan Uzun dari Kayseri, Turki, telah mengira sebanyak tiga kali sebelum menarik picu pistol berkenaan. Dia sempat menyatakan : “Selamat tinggal, aku akan pergi, jaga diri kamu."
Sebaik sahaja menghabiskan ayat berkenaan, Uzun terus terbaring di atas lantai. Dia sebelum itu mendedahkan mahu membunuh diri kerana anaknya berkahwin tanpa keizinannya.
Uzun dikatakan hanya mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu menerusi telefon.
Ketika video itu disiarkan secara langsung, keluarga dan sahabat merayu kepadanya supaya tidak melakukannya.
Namun keluarganya hanya menemui mayatnya sahaja.- CARI