CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18318|Reply: 111

Bercinta 5 Bulan Di WhatsApp, Bila "First Date" Gadis Gemuk Ini Diting

[Copy link]
Post time 31-10-2017 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Berkenalan hingga jatuh cinta melalui media sosial seperti sudah menjadi satu trend buat masyarakat zaman sekarang.


Segala-galanya memang indah namun perlu diingati, keikhlasan hati pasangan yang dikenali di media sosial itu hanya akan terbukti selepas pertama kali bersua muka.








Seperti kisah yang dikongsikan di akaun Twitter fara_zulaika, seorang gadis malang berkongsi pengalaman sedihnya ditinggalkan kenalan Twitter hanya kerana dirinya gemuk.


Perkenalan mereka bermula di Twitter dan kemudian bertukar nombor telefon.  Selepas hampir 5 bulan hanya "berchatting" melalui aplikasi WhatsApp, lelaki tersebut akhirnya mengajak wanita itu berjumpa.






Seperti yang dijanjikan, mereka berdua akhirnya bertemu di suatu tempat. Sebaik sahaja gadis itu masuk ke dalam kereta, lelaki tersebut hanya berdiam diri. Tidak lama kemudian, lelaki itu memberhentikan kereta di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai.




Selepas beberapa minit, dia meminta wanita itu turun mengambil roti canai yang dibungkus. Tanpa wanita itu sedar, rupa-rupanyanya lelaki tersebut sudah berlalu meninggalkannya seorang diri di kedai makan tersebut.









Menyedari kereta lelaki itu sudah tiada di tempat sebelumnya, wanita itu cuba menghubungi lelaki terbabit namun panggilan tidak dijawab. Tidak beberapa lama kemudian lelaki itu menghantar sms, ‘Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Hahahaha Best tak kena tinggal?’





Dasar jantan tak guna! Kesian gadis tersebut diperlakukan sedemikian rupa. Pengajarannya, janganlah mudah jatuh cinta dan menyerahkan sepenuh kepercayaan sebelum berjumpa individu yang dikenali di media sosial secara realiti.


Kalau sudah dihina dan dipermainkan seperti gadis ini, pasti "frust" menonggeng. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
xpe dik..biarlah dia tinggalkan skrang sebelum ada apa2 ikatan..adik berhak dpt yg jauh lebih baik dari lelaki xguna tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 11:55 AM | Show all posts
topik dah basi wei
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 11:56 AM | Show all posts
kurang ajor ni...main tinggal2 jek..
kalo tak suka pun cakap la elok2
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 11:58 AM | Show all posts
moga girl tu ambil kejadian ni sebagai wake up call...start diet jaga kesihatan n buang lebihan lelemak yg terperangkap tu...tapi buat utk urself bukan utk kepuasan org lain lak....you go girl!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah dik.  Awal awal begini.  Tidak perlu nak down sangat.  Bersabar dan bersyukurla tidak dilanjutkan hubungan. Menakutkan pla.
gambar tidak menjnjukkan keperibadian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2017 12:00 PM | Show all posts
slow lah mu ni TT terid berulang
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:03 PM | Show all posts
lembab nya wartawan neh..tah2 minah tu dah kapel lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
diss69: xpe dik..biarlah dia tinggalkan skrang sebelum ada apa2 ikatan..adik berhak dpt yg jauh lebih baik dari lelaki xguna tu..

Spesies laki macam ni dia jenis nak seronok aje. Nk p*ki.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:15 PM | Show all posts
dak pompuan tu pon jenih bodow..

msg wsap kt telepon kire declare ke zaman skrg?

bengap...

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:23 PM | Show all posts
Siput_Sawah replied at 31-10-2017 11:58 AM
moga girl tu ambil kejadian ni sebagai wake up call...start diet jaga kesihatan n buang lebihan lele ...

kann. akak yakin dah cantik comel nanti tak payah dah nak cari laki kat internet ni. dunia realiti pun silap2 petik jari laki boleh sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal nama dia macam budak Asia Got Talent 2, nyanyi lagu Hero. Budak tu memang gedebab sungguh tapi sora baguih. Kalo dia menang, nyesal mamat tu nanti taw.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:27 PM | Show all posts
skg mamat tu pasti nangis tgk chuols dpt 3 YES dlm AGT2

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:30 PM | Show all posts
nak 360 sangat..kan dh kena
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:35 PM | Show all posts
Edited by haryatie at 31-10-2017 12:37 PM

ramai org pndang pd rupaaa...
tp ada jerk org yg terpikat dgn org chubby ni..
lain org lain pndangan nya..
macm aku kenal sorang mamat ni..punya la berlagak  dgn aku
citer bini dia cntik la..urban la..
join group kreta konvoi sana sini..
mati2 aku bayangkan bini dia rmbut karat ker, body slim ker
sbb cra dia citer makaih..buat aku rsa taste dia mmg hebat la
sekali aku skodeng FB bini dia..bukan ler nak gelak..
sadooo sungguh bini dia..boroii
aku bukan la nk kutuk bini org tp cra dia up bini dia berlagak x ingattt..
sekali bila aku ckp nape bini ko gemukkk..marah pulak aku skodeng fb bini dia..
ke sbb dia da termalu dgn aku..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun{:cryrun{:cryrun {:cryrun. Ape ni apeni,  weols dh ulas panjang lebo dh. N i dont believe this story. Kak hasanah sgt. Nk glam je kau kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Better la dik
Dari bila ko lepas beranak
Kompen he akan mengongkek merata
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 01:01 PM | Show all posts
kahkahkahkah mesti bila berpeluh ni masam ni kahkahgkahkah padan muka ko siapa suruh gemok HAHAHAA PEGANG ROTI CANAI PULAK TU HAHAHAHAAH BARUA CELAKA BETUL PRANK DIA NI HAHAHAHAHAHHAHAHAHAH
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Aku cuma nak komen 3 perkara je.

1. Kenapa dia mudah sangat percaya kat lelaki tu. Dah la belum kenal betul-betul tapi dah berani bagi lelaki tu jemput dia. Baik setkan tempat kemudian jumpa kat sana je.

2. Boleh dia tinggalkan beg tangan dalam kereta masa nak ambil roti canai tu?
Nasib baiklah lelaki tu campak keluar beg tu. Kalau dia bawa lari? Tak pun kalau dia campak beg tu tapi random guy tu pulak curi. Macam mana?

3. Kat mesej terakhir tu perempuan tu suruh tutup nama dia kalau orang tu nak post cerita dia kan? Katanya malu. Kenapa orang tu tak tutup?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 01:15 PM | Show all posts
sian ko dik......................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.171286 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list