CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16755|Reply: 176

MASALAH WANG HANTARAN

[Copy link]
Post time 3-12-2017 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua. I tengah stress memikikan masalah ni. Hujung bln nanti I akan bertunang. Parents I dah tetapkan wang hantaran sebanyak rm20k. Bf I terpaksa berhempas pulas bekerja untuk cukupkan wang hantaran tu. Maklumlah dia baru dapat kerja tetap beberapa bulan lepas. Sudahla baru transfer. Kitorang plan nak nikah bulan 4. Tapi bila wang hantaran yang tinggi tu tak dapat dipenuhi dalam masa terdekat ini, kami terpaksa tukar plan. Terpaksa panjangkan tempoh pertunangan hinggalah cukup wang hantaran tu. Kitorang kalau boleh nak percepatkan nikah, sebab benda baik tak perlu tangguh lama-lama.
I ada berbincang dengan parents I, bf tak mampu sediakan wang hantaran sebanyak tu dalam tempoh 3 ke 4 bulan. Tapi parents I berkeras nak duit hantaran sebanyak tu. Bf I bagi cadangan nak nikah dulu, then bila dah cukup duit baru buat kenduri (3,4 bulan lepas nikah). Tapi parents I tak setuju, katanya cerewet nak uruskan 2 perkara. Diorang nak setelkan majlis nikah dan kenduri sekaligus. Stress I fikir pasal ni.

Ikut persetujuan parents I, diorang akan uruskan bab kenduri. I pulak uruskan pelamin, hantaran, doogift, mekap. I ada terfikir nak buat mcm ni. I nak berpakat secara rahsia dengan bf I. I minta bf I serahkan sebahagian dulu duit hantaran tu untuk parents I uruskan bab kenduri. Yg bahagian I, I akan guna duit sendiri. Lepas nikah, bf I akan bayar ansur mana-mana wang hantaran yang belum cukup tu.

Untuk pengetahuan semua, kitorang berada di pantai timur. Mas kahwin dan wang hantaran disebut bersama ketika akad. I nak tanya pengalaman semua forumer, apa pandangan forumer mengenai plan I tu. Kitorang memang nak nikah seawal yang boleh..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2017 08:57 PM | Show all posts
pasal hukum tak pasti pula adk, sebab ada kawan kaka buat dummies RM 25000 lepas tu dia pulangkan balik.

mungkin parent adknak tengok kemampuan kesungguhan menantu dalam usaha mendirikan masjid. sbb nak terbaik untuk anaknya.

Jangan gopoh gapah buat keputusan. rumah tangga takkan lari kalau dah berjodohan.  cuma nasihat kaka paling penting sekali


































































nanti kahwin jemputlah kaka datang. nak juga meriahkan majlis adik
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-12-2017 08:57 PM
pasal hukum tak pasti pula adk, sebab ada kawan kaka buat dummies RM 25000 lepas tu dia pulangkan ba ...

Waduh sis suspen plak meols....moga sgalanya d permudahkan tt
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 09:14 PM | Show all posts
amboi smpai 20k...seriously? bak no hp bf hang akak nk suh dia kensel jer kawen ngan hg

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jilake ko cili..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 09:30 PM | Show all posts
Innrukia replied at 3-12-2017 09:14 PM
amboi smpai 20k...seriously? bak no hp bf hang akak nk suh dia kensel jer kawen ngan hg

nickname tt pun apple mac book hantaran mesti harga mahal daripada samsung .. lepas ni nak cari pasangan tengok smartphone apa mereka pakai. kalau nampak logo apple risik dulu hantaran brape. biasanya xkurang RM 20k
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2017 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kaka jd bf u,  lama dh akak lari. X mampu buat cara  x mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
X fhm kenapa nk berkenduri sampai bergolok-bergadai.  Gi dftr walimah perdana under PAS.  RM1500 settle. Blj je jemput sekampung. Each pengantin ade khemah sdri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2017 10:03 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-12-2017 09:30 PM
nickname tt pun apple mac book hantaran mesti harga mahal daripada samsung .. lepas ni nak c ...

tgk family jgk dik non oiii...
mcm family akak; laki or pmpuan max hantaran & mas kawen rm10k jer

Alhamdullillah bahagia la x payah berhutang sana sini. Kenduri kendara family sponsor, segala hantaran pun biasa jer... maklumla jns sedar diri golongan marhaen ja
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow 20k huntonglah tt   
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni jenis mak pak nak menunjuk kat orang sekeliling ke sampai mintak 20k?
Kesian bf yu tuh berhempas pulas nak cukupkan duit. Tryla bincang lagi ngan parents.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis 20k mas kawin je kan? Kira kenduri semua pama yang keluar belanja la ek. Hantaran tak termasuk lagi kan. Banyak juga belanja tu tapi kalau sis mampu apa salahnya   
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal nye dek 20k... tercekik hakak dek.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-12-2017 09:35 PM
X fhm kenapa nk berkenduri sampai bergolok-bergadai.  Gi dftr walimah perdana under PAS.  RM1500 set ...

Sedangkan 20k pun takleh kurang barang seposen... lagi akak nak suruh kahwin pas perdana apa tu... hahaahha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 10:22 PM | Show all posts
Catpaw replied at 3-12-2017 10:11 PM
Sis 20k mas kawin je kan? Kira kenduri semua pama yang keluar belanja la ek. Hantaran tak termasuk l ...

rm20k tu just wang hantaran. belum termasuk belanja hantaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 10:25 PM | Show all posts
Rainrein replied at 3-12-2017 10:10 PM
Ni jenis mak pak nak menunjuk kat orang sekeliling ke sampai mintak 20k?
Kesian bf yu tuh berhempas ...

A'ah I akan cuba bincang lagi dengan parents untuk kurangkan. Kalau dapat rm12k, bf I mampu katanya. Forumer semua doakan semoga urusan kami dipermudahkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bf serahkan sebahagian dulu duit hantaran utk parent uruskan kenduri - ni bajet lain la kan   
Tt ada plan nak buat loan tak?
#tanyaje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 10:28 PM | Show all posts
Ada apa2 hadis atau pesanan dari ulamak tak pasal wang hantaran yang forumer boleh suggestkan tak? Boleh I jadikan alat unttuk counter argue parents I.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:32 PM | Show all posts
Berapa banyak yang dah dapat dikumpul sekarang ni? X cuba buat personal loan untuk cukupkan nilai yang x cukup?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dik ..tak.payah lah hantaran mahal2 kalau bf tak mampu..sepatutnya duit kenduri tu bukannya dari duit hantaran.. duit hantaran yang disebut dalam akad nikah tu..hak u.
sepatutnya kenduri tu..mak ayah lah yang kena keluarkan duit.. tapi tak tahu lah...keluarga masing2 kan.. mungkin cara berbeza.
ada kenal sorang perempuan ni..ada master.. kawen dengan lelaki yang ada diploma je.
dia dan family dia..tak mintak pun duit hantaran.
buat majlis pun..kawen ramai2..
bagus sungguh dia dan family dia..tak berkira..tak fikir malu tak buat kenduri..tapi kan...semuanya pilihan masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.560282 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list