Slurrrrppppp! Krupppp! Arghh, tak tahan dengan bunyinya yang membingitkan telinga.
Telinga anda berdesing setiap kali mendengarbunyi orang sedang mengunyah sesuatu? Jika ya, anda mungkin salah seorang penghidap misophonia atau sindrom sensitif kepada bunyi tertentu.
Foto: Satu harapan
Dipetik dari Wikipedia, misophonia adalah sejenis keadaan dimana emosi, pemikiran dan tindak balas yang negatif disebabkan oleh bunyi sesuatu.
Menurut Era.fm, Misophonia juga terjadi kepada mereka yang sensitif terhadap bunyi kecil seperti yang terhasil ketika makan, menguap, bernafas, mengunyah atau bersiul.
Foto: PopKey
Penyakit ini juga disebut kebencian terhadap bunyi-bunyi yang tertentu yang membuatkan saraf mereka menjadi sensitif terhadap bunyi tertentu.
Diambil dari psikologi islam pula, kesannya tidak boleh diambil mudah ya, teman-teman! Seperti Meredith Rosol, 25, katanya; “Saya belum pernah makan dengan orang tua saya tanpa penyumbat telinga selama lebih satu dekad."
Ini kerana Meredith yang juga seorang guru telah diagnosis mengidap misohonia sejak dua tahun lalu. Sukar sekali untuk anda percaya, bukan?
Foto : Kick news
Anda juga akan merasa panik, tidak tenang, takut, dan gemuruh. Rasa seperti ada sahaja yang tak kena. Macam tu sekali kesannya, ya?
Apa itu Misophonia?
Sehingga kini, masih belum ada penjelasan mengapa penyakit ini boleh berlaku kepada seseorang dan kajian masih dijalankan penyelidik. Begitu juga dengan penawarnya.
Foto: Misophonia International
Aik, genius dan Misophonia ada kaitan?
Menurut kajian Universiti Northwestern, mereka yang menghidap misophonia mempunyai level kreativiti yang tinggi dan lebih bijak berbanding orang lain.
Jangan risau ya! Hanya 20 peratus sahaja penduduk di dunia yang mengidap penyakit ini. - CARI |