View: 9753|Reply: 28
|
Padang Besar Untuk Selera Besar, Memang Berbaloi-baloi!
[Copy link]
|
|
Nama Padang Besar sinonim dengan jualan "mak-neka" (pelbagai benda) yang melekakan. Dari perkakas rumah, kain baju, aksesori, snek, kegunaan peribadi, cenderahati (nak kahwin, kena datang beli di sini tau! Murah berbaloi-baloi!), permainan dan yang sewaktu dengannya.
Makan? Mestilah ada! Bersedialah untuk kecur air liur dengan beraneka makanan. Kalau tak sedia perut kosong, rugi sangat! Semua makanan nak dicubanya. Iyalah, bukan senang nak sampai ke sini. Kalau berkereta dari Johor Bahru sejauh 842km. Naik kereta api pun boleh, cuma ambil masa 12 jam, erkks.
Serius macam-macam ada.
Foto: danontheroad
Gerai makanan terletak di sebelah pasar di mana pengunjung boleh beli pulut, ikan bilis, buah-buahan, makanan terutama snek, pokok bunga (Murah dan boleh tawar-menawar lagi!).
Salah sebuah gerai yang jadi tumpuan kerana layanan yang pantas dan peramah adalah milik Siti Hasmah. Serba-serbi masakan Thai ada. Memang susah nak pilih yang mana.
Patut dikunjungi setelah penat membeli-belah.
Apa je yang ada?
Jom mula dengan Laksa Thai atau Laksa Siam. Rasa unik dengan ulam-ulaman timun, taugeh mentah dan pucuk petai belalang. Lemak dan pedas yang cukup membuka selera. Kena cuba, tau.
Laksa Siam. Pedas-pedas lemak.
Jangan lupa makan Pulut Ayam. Nampak serba ringkas saja, namun sedap terangkat! Ayam yang berperisa digoreng rangup, bawang goreng yang harum, sos cilinya memecah selera dan pulut nan gebu... Ah, rasa sendiri baru tahu betapa sedapnya!
Juadah wajib di Padang Besar.
foto: prettyinluv
Selain makanan, cakap saja nak minum air apa. Kopi berbelas jenis, air buah-buahan berpuluh jenis, air kelapa 'shake' (coconut shake) pun ada.
Sebab apa saya kata selera kena besar bila datang sini? Sebab ada satu lagi sajian wajib korang kena cuba iaitu Pulut Durian! (Sepanjang tahun ada sebab durian Thai tidak bermusim)
Pulut Durian dengan aroma daun pandan dan lemak kuah santan. Memang jilat jari!
Kalau suka shopping, suka makan, datanglah ke Padang Besar. Ya, selera nak barang branded susahlah nak cari, tapi yang mutu AA tetap ada. Paling best untuk kaki masak, ada periuk, pengukus dan seumpamanya pada harga yang 'poket anda sukai'. Jom borong!
Bersedia untuk selera besar di Padang Besar!
Alamat: No.3, Gerai Pasar MPK, Padang Besar (U), Perlis.
Bila penat membeli-belah, boleh berhenti rehat dan menjamu selera. Bila dah 'penat' makan, boleh sambung membeli lagi. Menang membeli, perut pun senang hati! - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Medan selera dia tu dah laa mahaii..masak cincai je..klu selera besar sila bawa wang besar juga ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal ke??? ala... baru plan nak bawak parents berjalan |
|
|
|
|
|
|
|
lah dik makan situ ke, memanglah mahal siapa cakap murah, nak murah makan kt perlis, situ harga pelancong.
|
|
|
|
|
|
|
|
makanan lauk pauk mahal cekik darah, kain baju ok lah tp pergi hari weekday boleh nego harga, harga buah buahan biasa2 je tak mahal tak murah.
menu makanan pelik2 harus dicuba standard je harga sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
so berbaloi ke tidak klu pegi ni? |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 19-12-2017 11:09 AM
Medan selera dia tu dah laa mahaii..masak cincai je..klu selera besar sila bawa wang besar juga ya..
yup betul nh... koi beli air teh ais gelas besar tu pun dah rm5... hahaha belum lagi colek buahan2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pergi time cuti sekolah ka..publik holiday ka..memang kena katok la..nak pi kalu mau time weekday bukan time cuti...murah la sikit kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah sekali gi padang besar,x de la best sgt. Prg pengkalan kubor lg best. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lecturer aku selalu ulang 'kedai2 kat situ kebanyakan dapat D je kebersihan paling tinggi pun B' |
|
|
|
|
|
|
|
kalo pi mkn kat pdg besar, sila pi cuba mkn di gerai no.9 di arked padang besar.. nama gerai 'gerai istimewa'.. harga berbaloi dgn rasa makanan.. mmg ni gerai fave aku.. gerai sebelah dia tu aku dah blacklist sbb pernah dpt ayam hanyir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tersampai time bukan cuti sekolah harga ok sikit. Tapi ramai org pi time cuti sekolah. Nama pun melancong. Anyway banyak tempat2 yg buleh makan sedap dan murah di perlis. Aku akan avoid kedai2 yg overhype. or Popular, sbb harga mcm kat KL.
Cth kalau aku pi perlih, kalau sempat aku pi tala -Nasik Ayam RM2.50. Nasik Kandaq beratoq. Kedai Nasik daging. Nasik Kandaq market (tgk org beratoq. kedai tu la). Sate dua kupang. Pulut ayam nat utan getah, Kedai laksa Kak Chah. Nasik Goreng Daging Abang Dan.
Cara yg senang, tanya local people. Forget what you read and saw in the internet. Depa lagi tau kedai mana yg sedap dan harga berpatutan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ingat last time I jejak kaki ke Perlis. It must have been years. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal ikut musim ke mcm public holiday ke? or mmg sentiasa mahal ke macam mna? |
|
|
|
|
|
|
|
dah lame nak pegi perlis tapi tak dapat2 lagi
aigoo sedapnye pulut hayam |
|
|
|
|
|
|
|
dah lame nak pegi perlis tapi tak dapat2 lagi
aigoo sedapnye pulut hayam |
|
|
|
|
|
|
|
Can try this in my nx trip{:dot |
|
|
|
|
|
|
|
tempat bergenerasi iols sopink periuk sini...tok iols siap boleh kawtim harga murah gila...
biasa beli cap buaya saja laaa...
puluit ayam...yummyy |
|
|
|
|
|
|
| |
|