CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9906|Reply: 32

Oh Telur Dan Bunganya..

[Copy link]
Post time 21-12-2017 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Cuti sekolah sedang, bak kata omputih, in full swing. Maka majlis kahwin pun sedang rancak diadakan.


Bercakap pasal majlis perkahwinan orang Melayu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telur ayam sudah tidak kelihatan khususnya yang diberi kepada tetamu. Maksud saya telur yang diletak dalam bekas dan dinamakan bunga telur.


Sekarang kalau ada pun, bunga telur khas yang ditempatkan di atas pelamin untuk dijadikan cenderahati orang yang menepur tawar mempelai. Itu pun sudah mula menghilang.


Menggantikan si bunga telur ialah gula gula, coklat, biskut, minyak wangi dalam botol kecil dan macam macam lagi. Semua diisi dalam bekas khas.


Foto Carian internet


Dan ada juga door gift untuk tetamu. Lazimnya beg kertas kecil (ada yang tak berapa kecil). Dalam beg ada gula gula, potongan kek dan sebagainya.Ada juga yang masukkan kitab surah Yassin.


Dulu majlis kahwin mesti ada bunga telur (tak dinafikan sekarang ada juga orang bagi bunga telur kepada tetamu tapi seperti yang dikatakan tadi dah tak ramai).

Dulu wajib. Sebabnya telur menjadi lambang atau simbol kesuburan. Maknanya diberi telur kepada tetamu dengan harapan mendoakan pasangan pengantin akan dikurniakan zuriat.


Orang Melayu memang bijak menggunakan kiasan dan bahasa berlapik . (Insha Allah ini akan saya tonjolkan pada  artikel akan datang. Promo sikit jangan marah).

Maka emphasis kepada telur itu sendiri bukan bekasnya. Tapi demi perhiasan pelbagai bentul bekas yang cantik digunakan. Lantas si bunga telur.


Foto Carian internet


Mengapa bunga telur semakin menghilang daripada majlis perkahwinan Melayu sekarang? Mungkin ada yang tidak tahu akan significant adat Melayu terhadap telur? Waullahualam.

Mungkin sebab harga bekas telor? Ya ini memang meletak tekanan pada aspek kewangan. Namun dulu ramai juga orang yang hanya menggunakan tisu kertas untuk membalut telor dan diikat dengn riben untuk diberi kepada tetamu. Sebabnya mereka memberi penekanan terhadap telor bukan bekasnya.


Ada kawan memberitahu saya sekarang telor tidak digunakan sebab harga telor sudah tinggi. Tentunya majlis memerlukan jumlah telor yang besar. Oleh itu kos meningkat.


Di samping itu sekarang kata kawan saya itu takde orang yang nak rebus telor sebanyak yang diperlu untuk majlis kahwin.”Dulu ada je anak muda atau saudara yang volunteer bro", kata si kawan tadi yang usianya setua saya.


Ye ada benar semua itu. Benar tapi sedih.


Foto iKahwin


Sedih kerana pemberian bunga telor di majlis kahwin ialah budaya orang Melayu. Dengan membawa mesej tersendiri. Setuju atau tidak tentang mesej kesuburan yang dibawa itu soal lain. Terpulang.


Bagi saya amalan ini elok diteruskan. Secara ala kadar memandangkan keadaan ekonomi masa kini. Bercakap secara meluaskan (bukan saja mengenai bunga telor) budaya mesti pertahankan.


Kalau budaya Melayu orang Melayu lah kena pertahan. Mengamal budaya di zaman moden tidak bererti kolot.


Namun diakui definisi budaya itu sendiri mesti ditelitilah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mesej apa yg disampaikan oleh sebutir telur tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn sy kecik2 tu bile musim kenduri, kami dpt byk telur n happy sgt.sbb lps kumpul telur tu, mak akn modified buat sambal tumis, kurma or kari telur.

Tp encik TT sy suke juge evolusi doorgift ni.sbb tuan rumah sll bg jajan mcm bahulu or peneram or gula2.kalau ade bahulu or peneram happy betul sy, sbb dua2 fav sy
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka bunga telur
Xsuka ngan yang replace ngan kanak2 pujya mkanan tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
DL2 klu rs best dpt telur..mkn ngn kicap pun da sedap. Save, x pyh beli telur
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo tu ke simbolik bagi bunga telur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2017 02:43 PM | Show all posts
Sepatutnya ciri2 tradisi sebegini elok dipelihara.  Selain ada maksud simbolik disebalik pemeberiannya kalau sekeluarga yang datang dan dikumpulkan pemberian bunga telur tu  boleh buat lauk untuk sekeluarga nantinya.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 03:05 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 21-12-2017 01:32 PM
DL2 klu rs best dpt telur..mkn ngn kicap pun da sedap. Save, x pyh beli telur

buat telur sambal pun sedap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 03:38 PM | Show all posts
Macam kitorang, yang menepung tawar tu kita bagi bunga telur. Tapi doorgift tu kita ganti dengan gula-gula.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sungguh.. time aii kawen jun 2013 makcik yg mai kendara kat kg mcm terkejut bila me ckp rebus telur 500 biji.  bunga telur me bt sndr.. alaaa yg pakai kertas crepe tu...jimat.. org dh xbg telur sbb hrga telur&bunga telur mahai.  p survey kat kedai semua hrga rm1 keatas sebatang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka bunga telur...
Specially telur pindang...
Kalo anak2 nnti nak bkawen,
Tradisi mmberi bunga telur pasti ada...
Simbolik dlm majlis perkahwinan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 05:20 PM | Show all posts
a'ah, ramai sebenarnya anak muda, tak lupa juga golongan yang currently 30'an ni, tak tau maksud simbolik bunga telur ni.

bukan nak menuding jari, tapi dah memang adat budaya kita, ikut je, jangan banyak tanya, jadi la macam ni. ikut tapi tak tau kenapa.

soalan penting untuk orang zaman sekarang yang terkesan dengan arus globalisasi,
seterusnya sedikit demi sedikit, adat dan budaya terhakis ditelan zaman,

Korang orang melayu/ cina/ india,
selain daripada dalam ic, warna kulit dan nama,
apa yang membuatkan korang rasa korang adalah Melayu? or Cina? or India?
apa ciri-cirinya?
pakaiankah? bahasakah? muzik kah? makanan kah? agama kah? apa dia? apa lagi?
dah macam soalan nujum pak belalang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara sebabnya, skrg semua nk buat in advance/awal, so itu psal ganti ngan colelat/sweets/cookies yg tahan lama berbamding dgn telur...xboleh nk rebus terlampau awal
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 09:27 AM | Show all posts
mieymiey replied at 21-12-2017 03:38 PM
Macam kitorang, yang menepung tawar tu kita bagi bunga telur. Tapi doorgift tu kita ganti dengan gul ...

betul. utk pelamin masih bagi bunga telur.
tetamu lain, goody bag je.

masalahnya tu la, macam dalam artikel tu cakap, nak cari tukang rebus telur tu. selalu memang adik-beradik buat.
nak tunggu sejuk sikit, nak ikat/bungkus kat bunga pulak. then cucuk kat kaki pahar.  

rebus sehari sebelum ye? or malam sebelum? lupa dah. last tolong sepupu kawin 11 tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 09:33 AM | Show all posts
AznieBunnie replied at 22-12-2017 09:27 AM
betul. utk pelamin masih bagi bunga telur.
tetamu lain, goody bag je.

Kan? Kalau nak bagi semua tetamu, penat sikit la prosesnya.
Selalu petang sebelum tu dah rebus, sejukkan, kemudian malam tu ikat kat bunga.
Takper la kot untuk tetamu lain bagi gula-gula ker.
Ada yang lain bagi keropok, bagi kacang kuda, kacang pis hijau tu.
Ikut kemampuan dan kita permudahkan la kan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 12:31 PM | Show all posts
dulu2 kawin ramai mak bapak yg uruskan
so kena ikut ada la pebenda semua
zaman skang kawin anak2 arrange sendiri
sbb dia tak suka mkn telur, jadi dia tak buatlah telur jd doorgift
mcm aku, mmg suka makan dan dapat bunga telur
jadi masa aku kawin mrmang aku rebus rm1000++ biji telur
semua org dapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 01:04 PM | Show all posts
masa kuceng kawen dulu, bunga telor tu kt pahar kt pelamin je...mmg xnk telur rebus, sbb kuceng x makan telur rebus, kang kalau org2 ke bebudak ke makan bersepah sepah pastu kalau tepijak, bau hanyir tu kuceng x tahan..risau jgklah, takut termuntah on de way nk ke pelamin tu..hahahaha..

so bunga telur tu kt pahar kt pelamin je, yg lain bagi dewasa bagi goody beg n coklat ngan gula2 utk bdk2
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
i rasa yg sedih part org volunteer nak buat kerja.. zaman kecik2 dulu, selalu ikut mak pergi rumah kawan/jiran tolong masak makanan, kemas meja, and all.. pastu pergi rumah melaram sat, baru attend as guest.. dah jumpa pengantin bagi hadiah semua, sambung kerja balik.. but now, semua nak guna catering/hotel.. i really do missed those moments..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 04:26 PM | Show all posts
teringat dulu-dulu telur rumah kawin balut dnegan tisu warna merah la hijau la..kalo dapat telur dalam tisu warna putih rasa sedih saja sebab suka yang berwarna merah tu...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kenduri dulu2...mmg acara merebos telor ni tgh2 malam...sape kene buat jenoh la dok dapur rebus telor...hahaha...teringat zaman dulu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.094812 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list