|
Masa di sekolah, mencabar sentiasa!
Ibu jangan bimbang, bekalkan tenaga!
…
Mesti ada yang terikut menyanyi lagu iklan Milo ini.
Begitu powerful nya minuman bertenaga ini untuk rakyat Malaysia sejak berzaman.
Sebab itu lah, pelbagai resipi dicipta yang menggunakan serbuk koko yang sedap ini.
Antaranya ialah puding milo, agar-agar milo, kek milo, brownies milo dan macam-macam lagi.
terliur sudah
Terbaru lagi tular - ais kepal yang menjadikan Milo pekat sebagai topping.
Wow! Dengar sahaja pun dah macam melekat rasanya di tekak.
Di mana?
Ada tiga tempat yang menawarkan menu ini iaitu di Kuala Kangsar dan Taiping.
begitu caranya - klasik sangat
sanggup beratur panjang
1) Ais Kepal Milo Pekat Leleh Kome, Kuala Kangsar
Bertempat di sebuah gerai, ais kepal dengan topping serbuk Milo menjadi sebutan.
Setiap ais kepal akan dituangkan bancuhan Milo yang pekat serta mampu menaikkan selera sesiapa sahaja.
Dengan harga sebungkus RM4, anda bukan sahaja menikmati keenakan ais kepal ini malah memberi memori indah anda ketika melancong di Kuala Kangsar.
Setiap hari, pengunjung semakin bertambah dan perlu beratur panjang. Jadi terpaksalah anda ikut sama kan?
ditambah dengan aiskrim vanilla
tambah lagi 'sprinkle rice'
2) Warung D’Bukit, Ibol, Taiping
Berbezanya ais kepal milo ini ialah dihidang bersama aiskrim vanilla kemudian ‘disimbah’ dengan coklat cair.
Memang terasa koko yang lazat. Budak-budak pasti sangat menyukainya.
paling ringkas tapi kekal sedap
3) Ais kepal milo leleh, Padang Tekah, Taiping
Paling ringkas antara ketiga-tiganya. Cuma ais kepal yang ditabur dengan milo sebagai topping. Sedap dihirup atau diratah begitu sahaja.
Eh! Kenapa semua tempat ini di Perak? Tapi kalau dah teringin nampaknya memanglah harus ke sana untuk menikmati menu viral ini. - CARI
|
|