Semua sedia maklum akan kebahagiaan hubungan kekeluargaan yang dipamerkan oleh Norman Hakim dan Abby Abadi bersama pasangan masing-masing.
Keakraban mereka wajar dijadikan contoh kerana saling bantu membantu dan menghormati hubungan antara satu sama lain.
Foto: IG Norman Hakim
Tengok sahaja cara didikan mereka terhadap anak-anak yang kian membesar juga membuktikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi memenuhi segenap ruang dalam keluarga besar ini.
Foto: IG Norman Hakim
Namun kali ini gara-gara gambar Memey yang memaut tangan anak tirinya, Danish yang dimuat naik oleh Abby Abadi dalam Instagramnya terus menimbulkan pertanyaan netizen tentang hukum bersentuhan dengan anak tiri.
Foto: IG Abby Abadi
Abby Abadi telah menerima mesej daripada netizen sehingga tidak pasti apa jawapan yang tepat untuk persoalan ini kerana dia sendiri kurang arif tentang hukum dalam isu seperti ini.
Dengan itu, netizen telah memberikan beberapa jawapan kepada Abby di ruang komen Instagram untuk membantunya dari segi hukum.
Ada juga yang tidak senang dengan pertanyaan isu seperti ini sehingga merasakan ada netizen yang cuba mencari kesalahan dalam hubungan teguh keluarga ini.
Tapi lebih baik Abby bertanya kepada agamawan perkara yang melibatkan hukum agama ini. Kemudian bolehlah sampaikan ilmu tersebut pada netizen. - CARI |