la ni aku rasa stress sangat. tak tau rasa ni ada sebab apa. nak kata period nak mai, tak, sebab lambat lagi. nak kata makan x cukup, pun tak, sebab terlebih makan je.
aku rasa stress dengan life ni. risau macam-macam. stress dengan ayat-ayat mak abah aku yang aku tau aku tak boleh nak jadikan kenyataan. sebenarnya aku terasa gila dengan ayat-ayat mak abah aku.
mak aku dok jahit baju tiba-tiba mak kata kesian hang. baju besaq sangat. time tu aku rasa sangat kecik walaupun aku besar secara fizikal. aku rasa mak malu ada anak gemuk macam aku. bukan aku tak kurus, macam-macam aku dah buat untuk nak kurus. cuma aku tak boleh tak makan sebab aku kadang masak kat rumah untuk mak abah aku sebab mak aku tak larat sangat nak masak. aku masak ikut selera mak abah. tapi dah aku masak takkan lah aku tak makan kan. terpaksa kena makan sebab aku nak masak makanan sesuai dengan aku mak abah aku xdak selera nanti nak makan. nak masak ikut diet aku, memang aku tak mampu nak masak untuk 3 orang punya selera. tak larat.
tapi mak abah aku tak tau semua tu. aku citer benda ni kat kakak aku. dia pun kesian dengan aku. mak abah aku tak faham aku. mak abah aku tak boleh terima aku sebagai anak depa ka? aku tak kisah kalau orang luaq hina aku gemuk ka apa, tapi aku jadi kisah sangat bila mak abah aku dok selalu ingatkan supaya kurus. depa macam malu ada anak macam aku. depa kata depa kesian dengan aku sebab takut aku rasa rendah diri dengan badan aku. tapi depa tak tau yang kata-kata depa tu yang buat aku rasa rendah diri sangat. aku tau mak abah aku nak aku kurus. tapi tak boleh ka mak abah bagi aku rasa diri ni dihargai. ya Allah kenapa aku ada rasa macam ni kat mak abah aku. aku tak kata gemuk tu okay. tak. aku tau gemuk ni tak sihat. tapi aku nak sangat mak abah aku support aku untuk bagi jadi kurus. sebab kata-kata mak abah aku tulah buat aku rasa gemuk ni tak guna. hidup tak guna sangat. Allahu.
tu belum masuk abah aku punya ayat. tak habis-habis kata seronoknya kalau hang dapat kerja sekian-sekian. stress gila. kenapa dengan hidup aku sekarang? abah tak bangga ka dengan kehidupan aku sekarang? aku dah cakap banyak kali kat mak abah aku ada masalah nak kerja dengan orang sebab aku takut terima arahan. aku cepat panik dan jenis tak berapa faham orang cakap. pokoknya aku ada penyakit darah gemuruh. tapi mak abah tak faham. mak abah letakkan salah 100% kat aku.
aku nak mak abah aku bangga dengan aku je. bukan nak suruh jaja kat family orang lain tentang kelebihan aku ada. cukup aku nak mak abah sendiri bangga dengan aku as anak depa. sebab hidup aku tak habis-habis nak banggakan mak abah aku. tapi bila mak abah aku sendiri keluar ayat macam tak bangga dengan aku, apa lagi aku patut buat?
aku rasa diri aku tak guna sangat. aku nak support dari mak abah aku dalam apa jua aku buat. aku stress ya Allah.
|