Edited by Aduradura at 4-2-2018 01:51 AM
Nampak sedap kan, ala2 shellout versi dessert gtewwww.....dah pernah try ke uollssss atau laki / bini uolls sendiri boleh beli kertas putih & lempor2 saje macaroon & brownies sambil tutup mata dgn kain yach....
Baru-baru ini, nama penyanyi, cef selebriti juga usahawan Datuk Fazley Yaakob, 39, panas ekoran sebuah video menunjukkan aksinya yang sedang menyediakan hidangan unik diberi nama 'Sweet Table', ketika sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarganya. Rata-rata pengikutnya kagum dan memuji kreativiti yang dipamerkan pemilik SukaSucre Bistro ini sehingga tular di media sosial. Namun segelintir pihak mengecam dan tidak bersetuju dengan cara bekas Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 ini yang didakwa kurang sopan gara-gara dia mencampak beberapa makanan di atas meja. Membidas dakwaan tersebut, Fazley mengaku tidak berkecil hati mahupun terkesan dengan kritikan itu sebaliknya menganggap pihak berkenaan kurang memahami konsep dan ideanya. "Saya tidak terkesan dengan kritikan itu. Saya campak (makanan) kerana pada ketika itu ahli keluarga saya ramai dan meja pula panjang dan menyukarkan saya. Tapi sebenarnya itu hanya untuk memberi pengalaman kepada adik-beradik dan keluarga saya. "Saya tahu dan sedar tidak elok campak makanan. Malah dari kecil saya diajar oleh ibu bapa saya supaya tidak mencampak makanan. Saya tidak akan buat (campak makanan) begitu apabila menyediakan hidangan 'sweet table' kepada para pelanggan saya. "Konsep 'Sweet Table' sebenarnya saya mahu orang menikmati menu manis seperti kek dan kuih muih bersama orang tersayang seperti keluarga atau rakan-rakan. Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi ukhwah sesama mereka. "Untuk hidangan ini, saya menggunakan tangan dan melukis di atas meja dan makanan diletakkan tetapi tidak di dalam pinggan. Itu kelainan yang saya tampilkan," terangnya ketika ditemui pada majlis semasa pelancaran aplikasi permainan video di atas talian dan wajah baharu SukaSucre Bistro di restoran tersebut di Cheras, baru-baru ini. credit news to owner
|