CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9792|Reply: 78

Siapa Kata Kami Tak Buat Kenduri Jamu Orang Makan? Walaupun Kami Kahwin Sempoi

[Copy link]
Post time 6-2-2018 02:03 PM | Show all posts |Read mode




Apabila bercakap sahaja pasal kahwin, semestinya banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya duit. Macam dah melekat dalam fikiran kita bahawa jika tiada duit, tidak boleh kahwin. Maklumlah, zaman sekarang duit memang menjadi keutamaan kerana semua perkara memerlukan duit.

Tak hairanlah ramai yang sanggup membuat pinjaman peribadi dan berhabis semata-mata untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan agar semua pihak berpuas hati. Macamlah kalau tidak mengadakan kenduri besar-besaran tu, bermakna pihak pengantin kedekut. Ramai yang tak faham maksud perkahwinan yang sebenar.

Kisah perkahwinan yang sempoi dengan bajet yang rendah ini dikongsikan oleh seorang wanita di facebook miliknya gara-gara ada orang yang mengatakan dia tidak besedekah menjamu orang makan sempena perkahwinannya.


Sedangkan dia sudah memberitahu untuk mengadakan majlis doa selamat dan menjamu tetamu yang datang.









Orang zaman sekarang memang ramai yang suka ambil tahu benda yang sebenarnya tidak penting pun. Entah apa yang didengkinya sampaikan wanita ini tidak menaikkan gambar kenduri kesyukurannya di media sosial pun mereka nak mengata.


Lauk pauk yang dihidangkan nampak sangat menyelerakan. Ramai netizen yang terliur tengok lauk asam pedas pari tu.  












Ramai netizen yang bersetuju dengan majlis kahwin yang sempoi dan rendah bajet ini.


Tidak semua ibu bapa sekarang yang berfikiran seperti keluarga wanita ini. Masing-masing berebut untuk mengadakan majlis kahwin besar-besaran.





Rupanya ada netizen yang menyesal dengan apa yang mereka telah lakukan masa majlis kahwin mereka dahulu kerana banyak melakukan pembaziran. Kalau buat majlis sempoi, tidak payah nak peningkan kepala.


Yang penting, ikatan perkahwinan diberkati dan bahagia hingga ke syurga.





Bagi kalian yang belum kahwin atau akan berkahwin tidak lama lagi, boleh la fikir-fikirkan majlis yang macam mana kalian mahukan. Yang penting, tidak membazir. Kalau ada bajet lebih, simpan saja untuk kegunaan selepas kahwin. - CARI    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 02:11 PM | Show all posts
zaman ni zaman humblebrag nikah murah travel murah segalanya murah..
semua nak tunjuk ada rm10 boleh gi jepun ada rm50 boleh kawin
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:37 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-2-2018 02:11 PM
zaman ni zaman humblebrag nikah murah travel murah segalanya murah..
semua nak tunjuk ada rm10 bole ...

yeah
humblebrag much
semua nak diviral nak dilike nak diyada yada yada
neexxttttt!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:38 PM | Show all posts
Ada tak kawin singgit? Nak lawan sgt kan haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Awek tu ade adik pompuan lg x? Koi ngam2 ade rm1100 nh.. Cukup la nikah dgn majlis doa selamat... Kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:48 PM | Show all posts
untungla camni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2018 02:50 PM | Show all posts
harap2 bakal menantu aku nanti, parentsnya takde la demand nak mampos...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nikah ikut kemampuan..yg penting life lps nikah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana yg baik ikut..ukur baju di badan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:53 PM | Show all posts
beeeee replied at 6-2-2018 02:38 PM
Ada tak kawin singgit? Nak lawan sgt kan haha

boleh.. kena ada buku merah je.. pastu jalan kaki masuk sempadan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, bawa jumpa Adrian Adam jumpa family? Renung2kan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 02:57 PM | Show all posts
haha.. wujud rupanya perempuan bengap mcm ni.. konsep asal aku berlaki.. dekkkk kalau masa sekarang pun laki kau catu2 duit nak peristerikan kau bayangkanlah dia ada usaha ke nak hidup yang lebih baik dgn kau seumur hidup

cincai nau kau kawen
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 03:05 PM | Show all posts
Bertuahlah mamat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 03:19 PM | Show all posts
nikah murah pn nk viral. tiap org lain caranya. nti esk lusa klu klu jodoh x pnjg memori kau just nikah murah yg beria kau nk viral sgt. bkn sbb nk jimat tp lebih kpd nk menunjuk nikah dia yg plg saving plg murah blh org sume tiru
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 03:23 PM | Show all posts
Dah itu pilihan majlis kawinnya kita doakan yang baik2 sudah.  Nak buat majlis besar mana pun terpulanglah pada diri sendiri dan keluarga.  Kalau berkemampuan silakan asal jangan sampai meminjam untuk buat kenduri sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak dia la nak kawen free ke singgit ke 1m ke, ke hulu ke hilir mengata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 03:37 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-2-2018 02:11 PM
zaman ni zaman humblebrag nikah murah travel murah segalanya murah..
semua nak tunjuk ada rm10 bole ...

win sgt komen
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:16 PM | Show all posts
abangadek replied at 6-2-2018 02:57 PM
haha.. wujud rupanya perempuan bengap mcm ni.. konsep asal aku berlaki.. dekkkk kalau masa sekarang  ...

Betul...betul....

aku pun tak setuju klu pompuan tlg lelaki siapkan duit hantaran...
klu tu pun kau tak mampu, ada hati nak kawin.....



Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:29 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 6-2-2018 04:16 PM
Betul...betul....

aku pun tak setuju klu pompuan tlg lelaki siapkan duit hantaran...

ha betui.. baik nikah kt siam ja kalau semua nak catu2..lemak la laki gitu kalau semua nak ditolong.. aku mmg sekupang haram tak keluarkan duit aku untuk kawen.. apa guna kawen kalau duit hantaran pun kau nak share2.. baik kau buang telur tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:58 PM | Show all posts
maklumkan kt area rumah ko dah la..
tak yah la masuk media sosial
nak tunjuk humble punya pasal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052580 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list