CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6592|Reply: 54

[Tempatan] Lelaki Maut Di Tembak Ketika Menunggu Anak Di Luar Sekolah. Kejadian Berlaku Di

[Copy link]
Post time 2-3-2018 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 2-3-2018 01:39 AM

Lelaki Maut Di Tembak Ketika Menunggu Anak Di Luar Sekolah

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2018/03/02/tembak-di-sekolah/

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2018 8:02 AM

Anggota polis unit Forensik memeriksa mayat seorang lelaki tempatan dipercayai ditembak dari jarak dekat di perhentian bas di Seri Kembangan petang Khamis. Dalam kejadian kira-kira 5.40 petang itu mangsa maut di tempat kejadian.-Bernama

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang sedang menunggu anak-anak pulang dari sekolah di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Seri Kembangan petang Khamis gempar apabila dikejutkan dengan kejadian tembak, mengakibatkan  seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, seorang daripada dua lelaki bermotor dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa berusia 40-an, mengakibatkan  mangsa terbunuh di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berhubung kejadian itu mengesahkan seorang lagi lelaki berusia 30-an yang berada berdekatan turut cedera dipercayai terkena tembakan di bahagian belakang badan.

Katanya, kedua-dua mangsa sedang menunggu anak keluar dari sekolah.

"Ketika kejadian ramai orang awam sedang menunggu anak keluar dari sekolah. Keadaan mangsa yang cedera stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Serdang," katanya.

Fadzil berkata identiti mangsa yang maut sedang dikenal pasti dan ketika ini Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seorang saksi kejadian yang enggan namanya disiarkan berkata beliau sedang menunggu  anaknya dekat pintu pagar sekolah apabila kejadian itu berlaku.

"Semua ibu bapa lari bertempiaran (ketika kejadian), ia pengalaman ngeri buat kami hari ini,” katanya.

Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, berkata ketika kejadian dia sedang menunggu anak perempuannya keluar sekolah, kira-kira 10 meter dari perhentian bas berkenaan.

Katanya, dia kemudian terdengar bunyi tembakan yang disangkakannya bunyi mercun sebelum melihat ibu bapa yang berada di lokasi kejadian lari bertempiaran.

"Apabila keadaan reda, kami melihat seorang lelaki tertiarap dan terdapat darah di badannya," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad  berkata dia tidak melihat siapa yang melepaskan tembakan.

"Ada saksi lain mengatakan ada individu bermotosikal tembak mangsa dan melarikan diri," katanya.

Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Din berkata dia hanya berada kurang lima meter dari lokasi ketika kejadian.

"Hari ini, perhentian bas sesak dengan ibu bapa yang menunggu anak selepas hujan reda, tiba-tiba ada bunyi beberapa letupan yang kuat di perhentian bas itu, saya ingat mercun,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati lokasi kejadian tembak itu hanya satu kilometer dari Balai Polis Serdang.- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. ...sedihnya anak tengok bapa kena bunuh.....innalillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 09:40 AM | Show all posts
perghh giler betul... org lain tak bersalah pun kena
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
around 2014-2015, pun ada kejadian tembak menembak kat sri serdang nun.. suspek yg sama ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 09:52 AM | Show all posts
aiyoyo...kejamnya tembak depan sekolah. kalau ada budak-budak time tu, trauma okay. cari la tempat lain untuk tembak kalau betul berdendam sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 09:53 AM | Show all posts
kat kawasan sekolah pun nak membunuh ke...? kesian budak sekolah balik lari lari tgk orang mati kena tembak dekat luar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2018 10:07 AM | Show all posts
selamba je tembak kat kawasan sekolah..nampak mcm lelaki india jer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 10:10 AM | Show all posts
gambar nampak macam indian guy...
dan aku picaya..ini musti ada kaitan dengan jenayah kongsi gelap...
apapun...banteras habis2an kongsi gelap terutamanya gengster dari kaum India ni..
memang jenayah dia, main tembak2 aja...bukan nak racist...tapi aku ni duduk di malaysia..
so aku tau la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 10:13 AM | Show all posts
apa nak jadi lah... skrg org membunuh pn terang-terangan di kawasan sekolah pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 10:37 AM | Show all posts
kalau gengster, selayaknya la mati..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
adoi.. beraninya diorg.. apa nk jd nie.. bhaya la sri serdang skrg.. dlu pon dh ada kes tmbak mnembak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Naseb tk kene budak2. Cilake sungguh pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 10:43 AM | Show all posts
apakah ada kaitan geng2 kongsi gelap atau tidak, tolonglah bunuh kat kawasan lain...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:01 AM | Show all posts
Kalaulah peluru tersasar mengenai org yg tak bersalah.    penjenayah makin berani membunuh di public
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya pembunuh
Gila la kesiannya si anak trauma cmni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:34 AM | Show all posts
member aku ada kt tmpt kejadian smlm. mmg dia npk org yg tembak tu slumber keluar pistol n tembak mamat india ni. member aku trs lari msk kt sekolah. kesian kot. klu kne kt bebudak cmne. korg pnya hal org lain yg kne. katenya mamat india tu mmg nk lari pn lepas npk org yg tembak tu. tp x smpt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 11:40 AM | Show all posts
ummah estet ke jinjang sister?  biasanya kalau tembak menembak ni memang dua bangsa ni je yg monopoli
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:44 AM | Show all posts
Jenayah melibatkan geng gengster ni selalu pengakhirannya mengerikan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:44 AM | Show all posts
kasian anak...
hanat banar pembunuh ani eh! mcm malaikat maut!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dah macam kat amareka pulak dimana kes tembak menembak jadi perkara biasa di kawasan sekolah. kesiannyalah kat mangsa yg turut tercedera tu. tak memasal dia dapat musibah. moga beliau cepat sembuh & pulih sepenuhnya, tak jadi oku. amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.156734 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list