CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3691|Reply: 24

BANTU UNTUK BANGKIT SEMULA

[Copy link]
Post time 24-3-2018 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum/Salam Sejahtera.

Sedikit info, saya lelaki cukup gelar MS, umur 30an, bujang, tiada asset, tiada kerja.

Tahun 2016-2017, saya bekerja di Korea Selatan selama 8-9 bulan kalau tidak silap. Bekerja di sana sebab tertarik dengan tawaran gaji yang besar. Besarlah harapan fikirkan boleh ubah nasib. Tapi itulah nasib tidak menyebelahi, tertangkap oleh immigresen dan dihantar pulang.

Kesudahannya. Menyedihkan ialah bila gaji balance sepanjang bekerja di sana dalam RM15k-20k tidak dibayar oleh majikan sampai sekarang. Tiada harapan sudah. Rungsing kepala bila fikir, saya terpaksa start dari kosong semula di tambah umur sudah 30an, macam mana lah nak dapatkan kerja bagus dengan gaji bagus. Saya rasa masa terstop buntu tak tahu nak buat apa.

Oleh itu, mahu tak mahu, saya harus juga mencari pekerjaan seperti operator kilang untuk menyara diri sendiri dan juga ibubapa. Lagi satu, saya sebenarnya berminat sangat nak fokus belajar berdagang Forex. Tapi fokus terganggu.

Permintaan pertolongan -
1) Bagaimana saya nak betulkan balik jalan hidup saya?
2) Bagaimana kawan2 sekalian bangkit semula dari kosong? Apa tindakan yang korang ambik untuk bangkit semula?
3) Spesifik, saya benar2 minat hendak trading forex. Bagaimana saya nak kejar cita2 saya tatkala dirundung masalah sekarang?

Terima Kasih yang sudi membaca dan memberi komen. Jasa kawan2 dihargai. Harap boleh tolong guys. Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaikumsalam TT.
Boleh tanya apa kelulusan tertinggi TT? SPM/degree?
Sebelum ke Korea, TT kerja apa dan di mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt lelaki xda masaalah.. boleh je mula kerja, bisness dari bawah.. kahwin tu hold dulu lah sampai stabil nak bela anak org
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi cari kerja kat Spore pulak.
Busuk2 kerja kat Mcd pun convert RM dah dpt dlm rm4/5k.
Gi Korea boleh tak kan gi Spore tak boleh?Umur pun dah 30an.
Gi je kat jobstreet.singapore or join group2 kerja kosong Spore kat fb tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Forex is very high risk business.good luck on that
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 02:57 PM | Show all posts
Hello TT

Damaged has been done so lupakan . Tutup dah buku tu plus u tunggu duit baki gaji tu umpama menunggu bulan jatuh keriba so forget about it. Totaly.

1. Register nama kat semua web portal untuk job application
2. Kerja operator untuk sementara - set your mind kerja untuk dapatkan sedikit savings so u boleh start over...u kena set your mind its ok operator still ia kerja yang halal. I ada kawan yang suppose seorang doctor tapi belajar halfway dan hanya bekerja sbg casher and surprisingly she is happy and she is doing well since dia buat business sendiri selepas beberapa tahun being a casher di Tesco.

So, tak payah sedih and please bare in mind, age is just a number...berapa banyak idola dunia yang berjaya at age of late 40" s cth Jack Ma pengasas Ali baba tu usia 30 an masih bekerja dgn small co and bila usia menginjak 50 an baru suksess dgn bisness sendiri .hmmmm sapa lagi Raymond Kroc yg buat mc d tu age of 50s jugak the colonel harland....kfc tu 60 an so dont give up....

kalau cth paling mudah dan dekat dgn awak ialah ur own parents..membesarkan awak sehingga habis sekolah dengan segala usaha...so jgn ckp sbb kerja operator awak jd down.

Forex ni i x advise you utk buat jika u tiada fix income atau dgn motif nak kaya cepat, u wont ..u must study u must follow org yg lebih hebat dlm bidang ni xble sbb suka je

last but not least...sometime perkara yg u tak suka adalah yg terbaik so...mula mula xpayahla pening...kerja and upgrade uself..and save duit..and read and obeserve apa yg u boleh  buat and be happy!




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2018 02:58 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-3-2018 01:29 PM
Forex is very high risk business.good luck on that

[youtube]5S8ZgLjXG5I[/youtube]

'Forex' unsur diatas ini would be less of a risk......

WOW!!!

Kohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn putus asa tt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
TT dok area KL Selangor ke? Kalo ya, boleh try mintak management trainee speed 99. Tengok kawan iols bahagia je. Alhamdulillah lepas bayar kete, belanja sendiri &  dok beli ubat2 & kelengkapan utk ayah dia yg sakit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2018 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 24-3-2018 10:54 AM
Walaikumsalam TT.
Boleh tanya apa kelulusan tertinggi TT? SPM/degree?
Sebelum ke Korea, TT kerja a ...

Saya kelulusan degree. Tapi pengalaman kerja menyimpang dari bidang. Tu yang saya rasa susah nak apply ilmu ug dipelajari ke atas kerja yg sinonim. Dulu first2 di korea, sy kerja di Songjeong. Kilang perabot (Bla sebab gaji x bayar ). Lepastu Kilang Handphone di Gumi (Kawan buat hal). Lepastu di Songjeong semula kilang lain perabot.Baru Ok.Tapi sedih, rezeki tak panjang, tertangkap immi. Gaji rm20k burn begitu saja. Kudrat dah bagi .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2018 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 24-3-2018 10:54 AM
Walaikumsalam TT.
Boleh tanya apa kelulusan tertinggi TT? SPM/degree?
Sebelum ke Korea, TT kerja a ...

Saya kelulusan degree. Tapi pengalaman kerja menyimpang dari bidang. Tu yang saya rasa susah nak apply ilmu ug dipelajari ke atas kerja yg sinonim. Dulu first2 di korea, sy kerja di Songjeong. Kilang perabot (Bla sebab gaji x bayar ). Lepastu Kilang Handphone di Gumi (Kawan buat hal). Lepastu di Songjeong semula kilang lain perabot.Baru Ok.Tapi sedih, rezeki tak panjang, tertangkap immi. Gaji rm20k burn begitu saja. Kudrat dah bagi .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2018 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 24-3-2018 01:27 PM
Gi cari kerja kat Spore pulak.
Busuk2 kerja kat Mcd pun convert RM dah dpt dlm rm4/5k.
Gi Korea bo ...

Tak dapat der, saya orang sabah. Lelaki baru umur 32 tahun. Sebab dah fed up nak kerja SG, tu yang pg Korea. Memula Australia, tapi last2 choose korea.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 02:07 AM | Show all posts
TT jangan putus asa.. umur bukan pengukur nak start life semula.
skrg ni byk jugak offer kat middle east.. i cadang lps ni kalau nak apply keje oversea buat paperwork bebetul so perkara ni tak berulang..

or else i think its okay nak mula dari bawah. something is better than nothing kan.
and yes betul @noraidil_06 ckp forex is very risky.. i suggest you cari fixed income and buat la forex as side je dulu..

good luck TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi TT. Why not u play safe first? Kau dah pergi kerja without permit, tak dapat apa-apa. Kenapa kau nak main forex plak? Cuba kau kerjakan apa yang ada depan mata dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya kes kamu lebih kurang saya tapi saya tak pernah kerja ke luar negara. saya pun ada degree, tapi kerja lain dari bidang belajar dulu. skang saya tak kerja sebab ada kes kat mahkamah. tengah tunggu sampai selesai. hutang belajar dah dekat 40k. Tapi awak lelaki lagi senang nak dapat kerja2 part time. try keje part time dulu, pastu apply SL1M, baiki dan update resume awak. Ada hari cuti apply semua jawatan kosong yang ada potensi, apply dekat semua web2 kerja kosong. Cuba pelihara dari apply keje2 yang melibatkan riba dan syubhat (bagi muslim) sebab hidup takkan tenang. Maaf ye nak tanya awak muslim ke? kalau muslim minta ibu bapa awak doakan awak mudah dapat kerja, sebab antara nak murah rezeki jaga silaturrahim dan doa ibu yang makbul. Dari pengalaman awak sebenarnya awak ni seorang yang berani sebab dah kerja di negara asing. Banyak cabaran tu. All the best yo~
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu bila awak kata awak tak ada aset, saya harap awak bukan jenis yang mudah tertekan dengan kehidupan materialistik zaman skang. Jangan layankan kata2 negatif orang, dan jangan cuba merasa rendah diri atau depressed kalau tengok kemewahan orang lain...itu semua tak penting. Yang penting awak utamakan keperluan ibubapa, walau sementara kerja part time, awak bagi sedikit wang saku untuk mereka...pelan-pelan kayuh...masalah awak hanya awak sendiri yang tanggung, hanya awak sendiri yang perlu bangkit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2018 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually Byk keje skrg ni yg offer gaji menarik. Ada degree is a Good start. Boleh apply mgmt trainee mana2 company F&B, retail.... lumayan Tp keje keras sket la. Kumpul duit boleh jadikan modal buat drop ship ke etc.... Or Sit for exam & ambil lesen jadi financial advisor.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi bro,  bnyk bende boleh venture. X yah give up la,  waste of time. Skrg ni ko cri kerja pape dlu, sambil tu ko apply bebanyak kerje,  fotostat resume as much as possible. Cari bidang yg common org nak gune, plg kurang ko g jd sales executive jual brg2 lab ke.  Minimum 2k boleh dpt.  Forex tu put on hold dlu,  skrg ni cri duit dlu,  class forex kat kl tu besepah.  Put priority first,  insyaallah all the other will come along. All the best
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih belum terlambat utk berubah tt. Buat masa ni takyah la nak cari sangat kerja yang bergaji besar. Jangan pilih kerja. Operator kilang pon ok la tu yang penting ada kerja, gaji masuk tiap bulan. cari pengalaman sambil2 tu cari kerja lain.

Kumpul duit since u cakap takda aset langsungkan. So rasanya u takda komitmen sgtkan. Pasal forex tu tak boleh nak bagi pandangan sbb tak tau pasal tu. Ohya jangan  cepat sangat nak kaya sampai ambil jalan bodoh pi kerja tempat orang tanpa permit. Kerja ajelah dlm mesia ni. Byk jek keja yg penting jgn mmilih sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
DearMe replied at 24-3-2018 05:15 PM
Tak dapat der, saya orang sabah. Lelaki baru umur 32 tahun. Sebab dah fed up nak kerja SG, tu yang ...

Cuba lgi bang..insyallah usaha lgi..abg masih muda.
Kawan abg saya tengah cari org keja kosong kat Spore ..shift 7pm 7am, dia nak  1 or 2 org..esok or lusa interview.
Gi la join group keja kosong sipore kat Fb tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 1.563590 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list