CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13057|Reply: 56

Caprice Cuba 'Tackle' Di Instagram, Ini Jawab Zizi Kirana!

[Copy link]
Post time 3-4-2018 03:48 PM | Show all posts |Read mode



  


PENYANYI Zizi Kirana mengakui menerima banyak 'lamaran' daripada lelaki tidak dikenali di Instagram yang menyatakan hasrat ingin menjadikannya isteri.

Bagaimanapun, Zizi, 33, berkata, dia hanya menganggap hal itu sebagai usikan nakal peminat.

Malah, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini juga terkejut apabila penyanyi rap iaitu Caprice memuat naik keratan artikel mengenai perkara tersebut di laman Instagram.

"Saya akui ramai yang hantar mesej peribadi kata mereka mampu memenuhi syarat tersebut. Saya baca semuanya dan kalau rajin saya balas komen-komen mereka.




"Tentang Caprice pula, saya anggap dia bergurau dan mungkin dia pun mahu promosi aplikasi Mengaji.Com dan saya okay sahaja.

"Secara peribadi, saya mengagumi Caprice kerana dia merupakan idola ramai remaja dan seorang yang bernas dalam berkata-kata," katanya kepada mStar Online

Sebelum ini, menerusi laporan portal ini bertarikh 23 Mac, bekas vokalis kumpulan The Fabulous Cat itu menyenaraikan 14 kriteria perlu dipenuhi oleh mana-mana lelaki yang berhajat memikatnya.

Menerusi InstaStory, dia memuat naik senarai kriteria calon antaranya bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

Perkongsian Zizi itu turut menarik perhatian Caprice yang memuat naik keratan artikel di Instagram dengan kapsyen mencuit hati netizen.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 03:57 PM | Show all posts
on tak on.. hahahhhahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 04:01 PM | Show all posts
bang bang! hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii pompuan ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2018 04:04 PM | Show all posts
caplimau replied at 3-4-2018 03:57 PM
on tak on.. hahahhhahhaa



jarang tak on


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Caprut ni keje asyik nak mencapub! Geli betul dgn jantan mcm ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2018 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zizi ni cantik, tapi suara cam sajat
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dijemput @MH3707 utk beri sepatah dua kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka dia rap.. byk gak lagu yg sedap2 terutama yg malique buat collab dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abes2 gosip murahan minah bohsia sekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:24 PM | Show all posts

Caprice Pun Nak Cuba 'Tackle', Ini Jawapan Zizi Kirana

Sejak Zizi Kirana menyenaraikan ciri-ciri lelaki idamannya, ramai betul jejaka yang nak mencuba nasib.

Zizi sendiri mengakui yang dia menerima lamaran dari ramai lelaki yang tidak dikenali di Instagram.

Foto: IG Zizi Kirana



"Saya akui ramai yang hantar mesej peribadi kata mereka mampu memenuhi syarat tersebut. Saya baca semuanya dan kalau rajin saya balas komen-komen mereka, katanya kepda mStar Online.

Tapi yang lebih mengejutkan bila penyanyi rap Caprice pun sama nak mencuba!

  



Siap muat naik gambar di Instagram!

Mengulas mengenainya, Zizi berkata,

"Tentang Caprice pula, saya anggap dia bergurau dan mungkin dia pun mahu promosi aplikasi Mengaji.Com dan saya okay sahaja.

"Secara peribadi, saya mengagumi Caprice kerana dia merupakan idola ramai remaja dan seorang yang bernas dalam berkata-kata,"
tambahnya.

Foto: IG Zizi Kirana


Kalau betul-betul ada hati pun apa salahnya. Boleh juga menjadi pembimbing. Tak begitu? -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
takleh ingat lagu dia ajak g mamak tu..gaya je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:32 PM | Show all posts
CAPRICE ni tak habis mencapub! sana sini perempuan kau nak tyry!! haiyooo sangap sangat ke bang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
stok geli2 ni laku pulak ye..kalau kepam mcm dulu rasanya xde y nk dm pun..caprice pn bt xnmpk je..kehhhh~
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:39 PM | Show all posts
caprice ni org sini ker org tambak, dah kawen ker belom...asik2 nm dia jer interprem semnjak dua menjak ni, hebat sgt kah dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Zizi ni takde gambar yang berbaju ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 05:46 PM | Show all posts
comel macam nora danish
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli betol dengan caprice the attention seeker ni.   So whatsapp dia kali ni ada berapa ratus pulak yg belum baca.... Sebab sebok ber IG.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seswai la si topi nasik ni dgan zizik sesendu ni..what a sweet couple yachh{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni di taja oleh mana2 jenama sport bra pegi gym ker?? Asal semedang xcukup kain nengoknya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.070662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list