Dari dulu hingga kini Mira Filzah sering digosipkan dengan Zizan Razak yang mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa dalam diam.
 Foto: IG Mira Filzah
Namun sudah banyak kali Mira menafikan gosip percintaannya dengan Zizan dan mengakui dia sekadar berkawan biasa dengan Zizan tanpa ada apa-apa hubungan.
 Foto: IG Mira Filzah
Baru-baru ini dalam insta story terlihat satu ungkapan “Don’t miss me okay, love?” yang dimuat naik oleh Mira Filzah.
 Foto: IG Story Mira Filzah
Beberapa jam kemudian terlihat pula Zizan memuat naik ungkapan “Sure I miss u sweetheart” di Insta story dan menguatkan lagi dakwaan tentang spekulasi hubungan cinta mereka.
 Foto: IG Story Mira Filzah
Mira Filzah tetap dengan pendiriannya bahawa status itu bukan dituju untuk Zizan. Dia juga tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapa dan hanya mahu menumpukan kepada kerjaya. Dia mengakui berasa senang berkawan dengan Zizan tambahan pula dia memang seorang yang baik.
 Foto: IG Zizan
Mira dan Zizan sekadar teman tapi mesra sahaja. Tiada langsung perasaan cinta. Harap selepas ini tiada lagi yang mengaitkan dirinya bercinta dengan Zizan. Nanti muak pula dengan gosip begini. - CARI |