Dalam pada orang ramai masih teruja dengan kejayaan anak muda berwawasan tinggi, Syed Saddiq (SS), ramai lagi yang kurang senang dengan Ahli Parlimen Muar itu.
Terbaru, laman Facebook Amran Fans memuat naik sebuah posting yang 'menghentam' SS dengan mengatakan dia suka melayan wanita.
Hanyutlah kau tak lama lagi
"Syed, kau kena ingat kau tu ahli politik. Kau kena jaga imej kau sebagai seorang YB. Kau tak boleh dah nak gedik-gedik DM perempuan tak tentu arah macam tu," tulisnya.
Menurut Amran, dia tidak mahu SS 'jatuh' seperti kebanyakan ahli politik lain disebabkan wanita.
Nampaknya, ramai juga yang kurang senang dengan kejayaan SS terutama selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Lebih mengejutkan, ada yang mendakwa SS pernah dihimpit gosip liar sebelum menceburkan diri ke dalam pergerakan politik lagi. Namun, beberapa individu tampil mengecam tindakan Amran yang membuka aib SS dengan mendedahkan kisah silamnya.
Jangan buka aib orang
Sejak kebelakangan ini, SS sering dikaitkan dengan wanita terutama selebriti wanita dan pekara itu mendorong orang ramai untuk melabelnya 'mesra wanita'.
"Ni nama dia mesra perempuan," tuduh netizen.
Malah, mereka mempertikaikan SS yang sering muncul di kaca televisyen, namun bukan dalam siaran ilmiah.
Kejadah apa masuk MeleTOP
Namun, segelintir netizen tampil membidas tuduhan berat sebelah itu.
"YB SS tak minta ditularkan pun, media yang duk lebih-lebihkan dia," kata netizen.
Mentaliti macam sampah
Foto: FB Amran Fans
Sementara itu, laman Facebook Kelab Che Det juga berkongsi posting berkenaan dengan kapsyen "Ini memang benar-benar pesanan untuk YB muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman."
Meluat betul sesetengah pihak dengan YB muda kesayangan ramai wanita ini ya. Apa-apapun, jangan terlalu cepat menghukum selagi dia belum melakukan sesuatu yang di luar kawalan.
Bukan semua orang sempurna. Lagipun, bukankah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sudah mengumumkan mana-mana anggota kabinet yang tidak menunjukkan prestasi bagus akan digugurkan. - CARI |