CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15893|Reply: 61

Menantu Begini Tak Patut Disiakan! - Ibu Aliff Syukri Dedah Kenapa Dia Suka Shah

[Copy link]
Post time 29-6-2018 10:53 AM | Show all posts |Read mode




Bukan mudah untuk memastikan bakal isteri dipilih oleh anak adalah yang terbaik dan memenuhi semua kriteria diingini. Ini adalah cabaran sebagai bakal ibu mentua kerana sering terjadi di mana menantu perempuan tidak 'sebulu' dengan ibu mentuanya.


Tambahan pula, jika datang dari keluarga yang terkenal dan berada, pasti terdapat sangkaan bahawa bakal menantu hanya ingin menumpang kesenangan.




Foto: Google




Begitu juga yang berlaku kepada pelopor industri kosmetik tanah air iaitu pemilik jenama terkenal, Sendayu Tinggi. Rozita Ibrahim yang mesra digelar bonda amat teliti ketika memilih bakal isteri untuk anaknya. Siapa tidak kenal dengan usahawan muda, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini sedang bahagia dengan isterinya Datin Seri Shahida.




  



Rupa-rupanya, sebelum melayari bahtera perkahwinan sehingga sekarang, pasangan ini terlebih dahulu pernah diuji keikhlasan hati mereka.


Menurut satu kemas kini di akaun Instgram rasmi miliknya, Rozita mengenali menantunya itu ketika sesi temuduga jawatan perkhidmatan pelanggan oleh syarikatnya. Ketika itu, Shahida telahpun menjadi model iklan dan mempunyai peminat.















Rozita juga mengakui tidak mahu golongan artis menjadi sebahagian daripada keluarganya. Tetapi, tetap memerhatikan perilaku Shahida di pejabat.


Selain ringan tulang, sentiasa menunaikan solat dan menjaga aurat adalah antara sifat yang membuatkan Rozita tertarik dengan Shahida. Sehinggalah apabila Aliff Syukri mengakui menyukai Shahida, Rozita segera menyuruh mereka berkahwin kerana dia sendiri ingin sangat bermenantukan Shahida.


Ha, wanita bujang di luar sana cuba semak adakah anda mempunyai ciri-ciri yang dinyakan di atas. Jika ada jangan risau, andalah menantu pilihan.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 10:57 AM | Show all posts
bagus la begitu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:13 AM | Show all posts
tak pernah perasan pun datin tu model syampoo terkenal..
syampoo apa dia pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:19 AM | Show all posts
menantu ko baik, masalahnye anak ko tu hauk perangai
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo. Cuma tau dia pernah nyanyi nasyid kumpulan Solehah ke apa dgn Binda tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:23 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-6-2018 11:13 AM
tak pernah perasan pun datin tu model syampoo terkenal..
syampoo apa dia pakai?

sunsilk hijau tu kalau tak silap..lagu fames dia nyanyian Indigo...Istimewa. rasanyalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2018 11:26 AM | Show all posts
model terkenal...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:29 AM | Show all posts


layannzz..

credit : youtube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-6-2018 11:13 AM
tak pernah perasan pun datin tu model syampoo terkenal..
syampoo apa dia pakai?

dah tepek dah iklan untuk kak Babe.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:49 AM | Show all posts
takde la model terkenal mana tahap nasha aziz tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:54 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 29-6-2018 11:45 AM
dah tepek dah iklan untuk kak Babe.. hehe..

ooo.. syampoo yang terkenal..
modelnya takde la tahap terkenal

thank you @K_Lily
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Rimas aku tgk ig rozita ni... ckp, jalan semua kemain laju kelam kabut mcm tinggal ketapi, dgn muka botox
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 12:02 PM | Show all posts
syukurla dia tabah dgn kerenah alip ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 12:08 PM | Show all posts
model terkenal ke mase tu.. ntah2 1 job tu je.. klo tak takde la dia nak keje jadi SA.. tau dia jadi model sunsilk tu pon lepas tok alif terkinja kinja kat tv
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 12:18 PM | Show all posts
aku x penah tgk pun iklan tu...
1 job tu je pun... idokla terkenal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka muda shahida ni ada 20% ina naim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 12:27 PM | Show all posts
datin ni je mompu lyn datuk syukri pnya peel
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 12:34 PM | Show all posts
bertuah oit mak mertua puji
kembang setaman weh
aku ingat lagi iklan tu
bagi aku manis je datin masa dalam iklan tu ha

so, model lelaki tu apa cerita pula?
any updates?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 29-6-2018 11:59 AM
Rimas aku tgk ig rozita ni... ckp, jalan semua kemain laju kelam kabut mcm tinggal ketapi, dgn muka  ...

mak ngan anak pun cam sama peel je i tgk..takleh blah yg video rozita ni berlari2 sampai x pakai kasut nak gi tgk baby baru dilahirkan tu...mcm dah staged..naluri i kuat mengatakan, dia nak tiru mak dato' ct tempoh hari agaknya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 01:46 PM | Show all posts
Edited by Vanilla_lette at 29-6-2018 01:49 PM
gekkou replied at 29-6-2018 12:34 PM
bertuah oit mak mertua puji
kembang setaman weh
aku ingat lagi iklan tu

Aku pun ingat iklan tu...yg seorg gadis bertudung sdg mengusha seorg mamat hensem kat library tu..
So yg model iklan lelaki tu Adam Radlan...dah kawin dgn anak somebody gak..happy married skrg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.076189 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list