|
|
Sebut sahaja nak pergi Kelantan mesti pilihan utama anda Kota Bharu. Pernahkah anda terfikir untuk meneroka Golok?
Golok hanya 40 minit sahaja dari Kota Bharu dan kami yakin anda bakal puas hati berjalan-jalan di pekan Golok kerana terdapat bayak perkara menarik di sini. Jom teroka Golok!
Pekan Mundok
 Foto: Kosmo.com.my
Terletak di pingir Sungai Golok, orang Thai menyebutnya sebagai Munok. Ramai orang Kelantan gemar membeli belah di sini kerana harga barangnya lebih murah dari Pekan Golok.
Jika orang Malaysia biasanya akan membeli belah di Golok, peniaga-peniaga di Kelantan pula akan membeli belah di Mundok. Misalnya tudung yang berharga RM 25 hanyalah RM 12 di sini.
Antara barangan yang turut dijual di sini ialah bunga api, toto, dan barang-barang plastik. Beras pun murah di sini.
Makan Tengah Hari di Banglee Restaurant
Foto: Facebook
Anda wajib menjamu selera di Restoran Banglee di Pekan Golok. Menawarkan makanan asli Thai, menu-menu di sini sememangnya sedap tak terkata.
Antara yang wajib anda pesan ialah Keng Som, Pok Taek, Kerabu Ikan, dan Teh Hijau Siam. Restoran ini sudah tentu bakal jadi restoran yang wajib dikunjungi di Golok.
Foto: Facebook
Makan Sotong Bakar dan Lokcing
Foto: Facebook
Anda juga perlu ke sebuah bazar makanan yang terletak di stadium bola dan cuba makan sotong bakar, colek buah dan lok cing Siam. Boleh tahan sedap!
Ini ringkasan seperti yang dikongsikan di Facebook oleh Abe Nazz Zain
Patutlah orang cakap seronoknya di Golok ni lain macam. Datanglah melawat jika berkesempatan ya! -CARI |
|