Adam Shah merasakan trend tarian "Keke challenge" mencemarkan nama artis tanah air ini yang cuba untuk meniru apa yang dilakukan oleh orang di negara Barat.
Baginya tidak perlu mempunyai mentaliti yang cetek dan sepatutnya golongan artis ini menunjukkan contoh yang terbaik di mata peminat mereka.
Foto: mStar Online
Dia juga berpendapat banyak lagi cara lain untuk mempopularkan nama sendiri dan tidak perlulah dengan mengikut video tarian yang membahayakan itu.
Antara artis yang turut menari termasuklah bekas isteri Adam, Fatin Afeefa yang meniru trend tarian tersebut. Kenyataan Adam bersifat umum namun siapa yang makan cili pastilah terasa.
Foto: Carian Internet
Trend tarian ini diambil daripada lagu yang berjudul "In My Feelings" nyanyian Drake dan kini semakin tular dengan pelbagai gaya tarian di pintu kereta yang sedang bergerak.
Foto: Twitter Adam Shah
Lepas ini kalau netizen cakap artis sampah jangan artis-artis marah pula. Golongan mereka juga yang rosakkan nama baik industri. - CARI
Post time 23-7-2018 04:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hehehe. Aku ni da kertu. Tapi aku rs comel je keke challenge tu. Esp kalau budak2 muda buat. Come on.. Smua org ada phase muda n gila2. Mcm dulu musim gwiyomi.. Org buat.. Comel je gak. Cuma tula.. Zaman skang ni mmg byk pantang larang.. Dulu kalau pompuan nak senam.. Nak aerobik kat tasik pun boleh. Skang x boleh.. Katanya tak manis. Wpum pakai ourdah skalipun.. Xleh sbb menari2 ada lelaki asing. Haih...