Edited by sunburn at 31-7-2018 12:03 PM
Saya seorang perempuan. Kawan saya ada nk kenalkan sy pada seseorang. Dia dah bagi gambar saya pada lelaki tu dan keluarga terdekat dia.Selang beberapa hari, lelaki tu minta no telefon saya. Kawan saya memang excited la,sebab dia kata ini pertama kali lelaki tu minta nombor perempuan.Sebelum ni dia ada kenalkan dengan orang lain, tapi tak pernah pun minta nombor .Selepas seminggu, dia masih tak mesej/ whatsapp saya. Kawan saya memang dah bagitau, lelaki tu pemalu sangat dan tak pernah berkawan dengan mana-mana perempuan(tak tahu la betul ke tak).
Selepas dua minggu,kawan saya jemput ke open house dia. Maka bertemu la saya dengan lelaki tu.Kitaorang tak ada beregur sapa.Cuma bertentang mata saja. Nampak luaran baik-baik je budaknya. Selepas bertemu tu,masih tak ada respon dari dia. Cuma saya tiba-tiba terfikir,macam ada satu perasaan nak cuba memulakan langkah dulu. Tak salah kan? Tapi ada cadangan tak ayat apa nak cakap untuk mulakan?
|