"Saya sudah 11 kali minum kopi campur peluntur, tiada apa-apa
kesan sampingan kerana kopi berkenaan mampu meneutralkan
bahan peluntur termasuk racun atau bisa binatang."
Penjual produk kosmetik dan kesihatan, Rusliza Abd Ghani, 25, berkata demikian ketika mengulas mengenai produk kopi yang dijualnya, lapor Sinar Harian.
Kredit foto: Sinar Harian
BACA JUGA: Siapa Yang Perdajal Makcik Ni Minum Kopi Dengan Clorox!?
Menurut Rusliza yang menjadi ejen kopi berkenaan di kawasan Jeli, Kelantan, dia mengakui terkejut apabila ada wanita mendakwa hampir maut selepas minum kopi yang dicampur cecair peluntur itu.
"Saya terkejut bila berlaku kes di mana wanita berkenaan memberitahu hampir hilang nyawa selepas minum kopi campur peluntur itu sedangkan orang lain tidak pernah ada sebarang masalah.
"Malah, sejak berita mengenai dakwaan itu tular, Facebook (Liza Kosmetik) saya juga turut diserang 'keyboard warriors' dan mengecam saya," katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas beberapa jam minum kopi berkenaan.
Difahamkan, Siti Hajar Abdullah, 30, yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit buah pinggang, jantung, darah tinggi serta bengkak hati terpedaya dengan keberkesanan kopi yang didakwa kononnya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit itu. - CARI |