"Saya cuma ikut arahan."
Itu tweet Ayda Jebat apabila diasak oleh penonton I Can See Your Voice Malaysia (#ICSYVMY) mengenai keputusannya menyingkirkan peserta yang boleh menyanyi. Berulang kali Ayda menyatakan bahawa dia sebenarnya mengikut arahan produser dalam memilih siapakah yang perlu dibawa ke pusingan seterusnya.
Ia membuatkan ramai netizen berasa hairan dengan konsep program realiti yang difrancais dari Korea ini. Adakah ianya sudah dirancang terlebih dahulu dan mengapa pula Ayda terang-terangan mendedahkan perkara yang sepatutnya dirahsiakan ini?
Kredit foto: Twitter
Peserta ICSYVMY ini pula menyatakan yang penyanyi jemputan tidak tahu menahu. Eh! Yang mana satu betul ni?
Screenshoot di bawah menunjukkan penjelasan Ayda mengenai penyingkiran peserta di dalam program ICSYVMY.
Ayda juga sempat meretweet beberapa pertanyaan daripada netizen mengenai sebab musababnya dia bertindak begitu.
Kredit foto: Instagram
"Saya cuma ikut arahan."
Akhirnya Ayda menyatakan kelegaannya kerana diberi peluang untuk memilih pemenang sendiri.
Kredit foto: Twitter
Namun, ada juga yang 'celik' mengenai konsep program realiti ini. Kasihan pula Ayda teruk dikecam.
Kredit foto: Twitter
Kecaman adalah perkara biasa bagi sesuatu program, pastinya ada kekurangan di mana-mana. Maklumlah bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak. Ianya terpulang kepada setiap artis tersebut untuk menanganinya dengan baik.
Namun, apabila Ayda memilih untuk menjawab soalan netizen dengan jujur, ia memungkinkan pelbagai situasi hingga kredibiliti sesebuah program tersebut tercalar. Ya. ia akan terus diperkatakan kerana ia sudah tidak lagi telus setelah dibocorkan secara terang-terangan. Namun, ia juga mungkin menaikkan rating program tersebut. Apa pun, I Can See Your Voice Malaysia sebenarnya antara program yang menghiburkan. - CARI
|