Kredit foto: IG Awal Ashaari
Bukan mudah mahu memuaskan hati semua pihak. Dalam pada catwalk Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menerima pujian, segelintir netizen pula berbulu mata melihat penampilan ibu bapa cool itu pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), baru-baru ini.
Sakit perut tengok Awal catwalk
Kredit foto: Twitter
Ramai yang 'sakit mata' melihat penampilannya dan Scha yang kelihatan serba tidak kena serta agak mencolok mata sepanjang acara berlangsung.
Enggan dihujani komen negatif 'skuad makcik bawang', Awal mengambil langkah menutup ruangan komen di beberapa gambar sekitar KLFW itu.
"Saya akan menutup ruangan komen pada semua gambar sekitar KLFW kerana saya tidak mahu 'orang tertentu' terus berseronok mengecam, menghukum dan menghina," tulisnya.
Kredit foto: IG Awal Ashaari
Memanglah lumrah hidup sebagai selebriti diselubungi kritikan dan kecaman, tapi mereka juga ada perasaan seperti orang lain juga, kan? - CARI
|