Lelaki warga Amerika Syarikat berusia 24 tahun ditangkap kerana membuang air kecil pada penumpang lain di dalam pesawat.
Memetik METRO, kejadian berlaku dalam pesawat All Nippon Airways (ANA) yang berlepas dari Chicago ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Jumaat lalu.
Kredit foto: The Japan Times
Bagaimanapun, lelaki warga Jepun berusia 50 tahun itu mendakwa dia tidak mengenali pelaku dan difahamkan, mangsa duduk dua baris di belakang suspek sebelum lelaki terbabit 'mengencingkannya'.
Menurut polis, suspek telah meminum sekurang-kurangnya lima gelas champagne sebelum kejadian berlaku.
Sementara itu, Japan Today melaporkan suspek kemudian mendakwa dia tidak dapat mengingat apa yang telah dilakukannya.
Suspek ditahan kru penerbangan sebelum diserahkan kepada polis sebaik pesawat mendarat di Jepun. - CARI |