Beberapa bulan ini, laman sosial sarat dengan isu membabitkan Elfira Loy, terutama kisahnya bertunang dengan anak Datuk.
Bagaimanapun, kontroversi pelakon dan usahawan berusia 24 tahun itu menerima notis muflis bulan lalu kembali dihangatkan apabila adiknya, Ezzrin Loy pula didakwa liat membayar hutang.
Seorang wanita meninggalkan komen pedas di Instagram meminta Elfira melangsaikan hutangnya termasuk hutang Ezzrin yang didakwa sudah bertahun tidak berbayar.
"Sekarang, bolehlah selesaikan hutang termasuk hutang adik lelaki awak tu ya," katanya.
Kredit foto: IG Ezzrin Loy
Elfira yang menyedari perkara itu menyifatkan individu berkenaan sengaja membangkitkan isu berkenaan kerana iri hati dengan keluarganya.
Wanita terbabit, bagaimanapun mendakwa Ezzrin sering memadam segala komen yang ditinggalkan di Instagramnya.
Dari mak ke anak, sama je...
"Berlagak kaya, tapi hutang bertahun tak berbayar," sindirnya lagi.
Kredit foto: IG Elfira Loy/ROTIKAYA
Dalam masa sama, wanita itu mengakui dirinya tidak tenang selagi hutang orang padanya belum langsai, lalu meminta Elfira menghubunginya bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Walaupun posting berkenaan sudah dipadam, isu ini masih hangat dibincangkan di laman Twitter hingga ada yang menuduh keluarga Elfira liat membayar hutang.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tapi menurut anda, adakah benar spekulasi kononnya keluarga Elfira sejenis yang liat membayar hutang atau ia hanya perbuatan khianat semata-mata? - CARI |