|
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-9-2018 04:11 PM
Isteri baharu dinikahi dua bulan hilangHAZELEN LIANA KAMARUDIN
12 SEPTEMBER 2018
Che Aida hilang sehingga hari ini.
PASIR MAS - Seorang suami merayu orang ramai untuk membantu mengesan isterinya yang baharu dinikahi dua bulan hilang sejak Ahad lalu.
Mat Sharipudin Hussin, 30, berkata, isterinya, Che Aida Syafika Che Rahim, 15 tahun, hilang selepas turun di stesen kereta api di sini untuk ke tandas.
"Ketika itu, kereta api berhenti sebentar di stesen Pasir Mas untuk mengambil penumpang dan isteri saya mengambil kesempatan turun ke tandas.
"Namun, ketika kereta api hendak bergerak Che Aida tidak muncul dan saya mengambil keputusan untuk turun mencarinya," katanya.
Menurutnya, namun ia menemui jalan buntu apabila Che Aida tidak dijumpai sehingga hari ini.
Katanya, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan isteri dalam perjalanan dari Tumpat untuk ke Gua Musang.
Dia berkata, mereka baru menghabiskan masa bercuti bersama keluarga di Kampung Laut, Tumpat.
"Saya dengan bantuan ahli keluarga berusaha mencarinya.
"Selain itu, laporan polis berhubung kehilangan Che Aida juga telah dibuat di Balai Polis Pasir Mas," katanya.
Mat Sharipudin berkata, ketika itu, isterinya memakai selendang biru, baju t berwarna merah jambu hitam dan seluar hitam.
Katanya, orang ramai yang terserempak dengan Che Aida boleh menghubungi talian 011-1796 2330 atau 017-9044 391.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ilang-1.879012
__________________
|
|